22 April 2009

:: YAHUDIKAH AKU INI ? ::

Sabda baginda Rasulullah SAW, "sesungguhnya rumah-rumah yang kotor itu adalah rumah orang Yahudi". Apa yang kita faham tentang sabda Baginda ini? Saya bukan hendak berbicara tentang rumah orang yahudi tetapi berbicara soal kebersihan dalam Islam. Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar sosiologi mengatakan bahawa tempat tidur (katil) yang berselerak / berserabut atau tidak kemas adalah keadaannya sama seperti fikiran tuannya yang berserabut/berselerak dan tidak kemas.

Selalunya bagi sesetengah individu, dia tidak mahu mengemas tempat tidur mereka atau malas untuk mengemas dan hanya biarkan sahaja begitu. Ini adalah salah, mungkin benar anda berasa malas untuk mengemas sebab malam nanti anda tidur di tempat yang sama, namun ada rahsia di sebalik katil yang tidak dikemaskan ini.

Apa rahsianya? Tahukah anda Jin (syaitan) cukup suka tinggal di tempat-tempat yang kotor. Mungkin bagi anda tempat anda bersih cuma tidak kemas, itu SALAH. Jin cukup suka tinggal di kawasan yang tidak kemas juga terutama di kawasan yang mempunyai kain kotor yang bersepah-sepah di bilik anda.

Apa yang anda patut lakukan adalah :

1) Kemas katil sebaik sahaja selepas bangun pagi, dalam keadaan ini anda tidak akan berasa
malas.
2) Kumpul semua baju kotor dan letakkan di dalam baldi bagi mengelakkan jin berumah di situ.
3) Sapu lah bilik anda sekurang-kurangnya 1 kali 1 minggu.

Dengan ini, insyAllah bilik anda akan sentiasa kemas dan bersih, kerana Islam amat menuntut kepada kebersihan. Jika anda membiarkan bilik anda kotor sentiasa, maka ianya sama seperti rumah orang yahudi. Adakah kita mahu bilik kita dijolokkan dengan nama rumah orang yahudi. Anda tentukan sendiri...

Sekian sahaja buat kali ini, jumpa lagi kemudian!
Assalamulaikum dan selamat beramal....