05 November 2009

:: SATU QIBLAT YANG SAMA ::



Ada yang hitam, ada yang putih..Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia akal fikiran yang lengkap sempurna
Walau berbeza kasta budaya, hanya amalan pada-Nya yang utama
Kita mewarisi Al-Quran suci sebagai panduan tuk hidup sejahtera

hari ini satu demi satu pertikaian wujud. perhatian kepada semua post kali ni sengaja saya sediakan khas memandang situasi sekarang semakin meruncing. keadaan di mana manusia hilang pertimbangan akal dan termakan hasutan nafsu semata. mari kita kaji apa yang tersirat dalam lunak lirik lagu ini. sesungguhnya Allah cipta manusia itu tidak ada satu pun yang sama, semuanya berbeza namun sekadar pada zahirnya. bukankah manusia itu telah dikurnia akal dan fikiran, gunakanlah sebaiknya untuk berfikir... sedarkah anda Allah telah berfirman "kulu bikum wa a'malikum" Allah melihat hati dan amal hambanya.. sekiranya hari sudah kotor adakah amalannya menjadi bersih?? anda jawab... telah diberikan Al - Quran ayang lengkap sempurna, sunnah nabi menyusul pula.. pegangglah keduanya nescaya kau tidak akan sesat selamanya..


Seringkali iman akan diuji bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana, jangan alpa meredah kabus dunia
Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama
Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

semua manusia mempunyai iman, bezanya rendah atau tinggi imannya, di luarnya Islam kenapa di dalamnya kafir..?? pandangan setiap manusia itu berbeza2.. namun siapa yang berani menghukum itu sesuatu yang benar atau yang salah?? kan HUKUM itu milik Allah.. jangan berani 'mencabul' hak Allah seperti manusia yang membunuh diri sedangkan Allah pemilik hak mutlak mencabut nyawa manusia.. nabi telah berpesan di akhir zaman nanti ada 73, ada yang kata 75 ada yang kata 77 jalan menuju Allah, namun hanya satu jalan yang sampai kepadaNYA.. hari ini tiada satu jaminan pun ajlan mana yang sampai.. tugas kita adalah bermujahadah di jalan Allah.. yang lainnya serah pada Allah semata untuk memberi petunjuk dan jalan pada manusia yang dikehendakinya..


Tak mungkin manusia yang punya nafsu bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala, biarlah yang Esa menghitungkannya
Buang yang keruh, ambil yang jernih tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara untuk menghambakan diri kepada-Nya
Kadangkala kesabaran dicabar tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama saudara

kita bukannya seorang yang 'maksum' terhindar dari segala dosa. namun kita perlu sedaya upaya mengawal gelora nafsu dan menjaga hati kita. jadikan hati sejernihnya, hindar segala benci, biarkan ia pergi jauh dari kita. sedangkan manusia semuanya bersaudara lebih2 lagi umat Islam khususnya.. jangan menjadi 'talam dua muka' jujurlah dalam berbicara..

Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama

tidak kira siapa anda, tidak peduli jalan mana yang anda ikuti
yang penting Islam itu bersaudara..
sampai sahaja waktunya..
kita sujud padaNYA...
sedar atau tidak kan semua sujud pada QIBLAT YANG SAMA..

:: APRESIASI CINTA BIODIVERSITI ::


yeay.. tyme ni qimi kat Taman Negara Kuala Koh
ada kajian luar tentang Geografi Persekitaran
qimi really enjoy that tyme.. hik hik..





kat sana qimi dilayan cam dak minggu pengurusan kat universiti jek..
ade ke kena wat logo la.. sesi pekenalan la..
adoii.. ni semua 'lame' la..
tapikan best gak.. cbe tgk logo group qimi..
logo tu kawan qimi yang lukis "pangjang n daud"
tapi yang penting moto logo tu 100% dari idea qimi..
amacam melets x.. hik hik


BLIND TRAIL.. adoii x brape bekenan la wat cani..
mane taknyer macam zorro da..
tapi syok gak sebab kita ley merasai nikmat mendengar..
tapi tak bermakna qimi menafikan nikmat melihat...
kita kena bersyukur tau kawan-kawan.. yeay..



bertemakan nama group qimi P2F (pencinta flora n fauna)
so kne la buktikan nama group tu..
trus jek qimi posing ber 'background' kan hutan



sape kata qimi tak cinta pada fauna??
tengok ni... korang ley ke buat.. hik hik..



patutla sungai skang ni banyak tercemar..
tak bley tunjuk banyak2 sensored nih..
hik hik..


PISMP KS1 dan PISMP KS2 sem 2
- KAMI MENJUNJUNG APRESIASI CINTA BIODIVERSITI -

:: KE KIRI BOLEH KE KANAN PUN BOLEH ::



ke kiri boleh ke kanan pun boleh..
ramai yang memandang..
namun berapa ramaikah yang menoleh..
sering didendang..
yang kita dengar semuanya bersih..


hakikatnya itu semua...
satu sandiwara dunia semata..
kata orang tak sungguh tak kata..
benar, ia bukan berlaku di depan mata..

senyum selamba je..
bertepuk tampar kononya setia..
namun kekadang manusia terlupa..
dinding, pintu, tingkap semua berbicara..

menurut islam..
dengar sesuatu yang buruk..
jangan mencari kebenarannya..
nanti menjadi aib dan fitnah pula..
keadaan semakin teruk..
masing-masing tunjukkan taringnya
Oh! itu agenda anda rupanya..

ilham Allah datang menerpa..
kerna yang buruk dan baik semua daripadaNya..
namun tak mengapa..
kerna setiap jiwa t'lah bersumpah..
setia hanyalah kepadaNYA

kawan tetap kawan..
bezanya anda bukan sahabat atau teman..
ilmu dan amal jadi ukuran..
namun fitrah hati jangan diendahkan..
beruntung bagi yang mensucikan..
mencemarnya satu kerugian..

andai anda seorang yang beriman..
percaya kepada tuhan..
maka fikir-fikirkan..



:: SEKITAR JUPEM ::


bakal Perdana Menteri Malaysia
oish.. berangan jek..
tyme ni kat JUPEM - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
datang kat sini wat kajian luar geografi persekitaran
x dapat jadik PM jadi S/U sulit abg jai pon da ok... hik hik..




Menteri sedang bersidang di Parlimen



S/U sulit sedang menjalankan sesi 'fotogenik'
hik hik...





kamilah usahawan HAI - O
eh2.. jap2 bukan2... ni classmate qimi
sje je bergambo blakang perdana tu...




sesi fotografi buat semua menteri yang bersidang..

:: PICNIC AKHIR TAHUN PISMP KS2 SEM 2 ::



yeay... sambutan besday ke 20..
tapi sediyh gak da tak de 'teen' kat umo ni
tapi x pe semga qimi semakin matang
kek ni khas tuk qimi dgn kembar qimi
huh?? qimi de kambar ke?
cepat tengok kat bawah...






ha... ni la kembar qimi, 1 kumbang 2 bunga
ni kawan kelas qimi, kami bertiga lahir pada bulan 10
yang baju biru (kiri qimi) hasanah lahir 27 hb 10
yang baju coklat (kanan qimi) ollin lahir 17 hb 10
so qimi gelar kami semua sebagai..
"triplets"




sesi tukar hadiah... yeay..!!



pekenalkan ni la kawan dan sahabat qimi
- PISMP KS2 -

sape2 yang nak bekenalan dgn sesape yg dalam gambo ni..
roger je k.. nnt qimi 'adjustkan' hik hik..

:: KELAHIRAN YANG DINANTIKAN ::

Alhamdulillah….

Sekali lagi dapat jugak qimi zahirkan apa yang tersirat menjadi tersurat… dah lama tak update blog ni.. maklumlah terdapat pelbagai limitasi dan permasalahan yang perlu qimi selesaikan.. kadang-kadang tu memang malas pun nak update ye la internet tak brape nak best jek.. ni bru tukar line bru so mcm “phoniex bangkit dari abu” la untuk berblog semula.. yeay…

Tapikan walaupun hari ni da 6 hb 11, qimi tetap nak cite start dari 23 hb 10.. tarikh keramat yang memang qimi lama nantikan setiap tahun.. tapi disebalik qimi bergembira di hari tersebut.. sebenarnya tarikh itu banyak mengingatkan qimi pada kisah dahulu..


Rasanya qimi da penah cite sblm ni dalam “airmata ibu” … so qimi x nak sentuh hal itu lagi..


terima kasih abang jai sudi sponsor kek tuk qimi
qimi memang sayang sangat abang jai ni..
beza umur kami 2 tahun, qimi sem 2 dia sem 6
tapi kami memang rapat..
kami banyak berkongsi suka duka bersama
semoga Allah memberkati hubungan persahabatan kami ini..


Sampai je pukol 11:59:59 malam 22 hb 10 mmg qimi kne ready sebab confirm2 ade lebiy kurg 30-40 msg yang wish (3-4 msg je sbnrnyer) hepy besday tuk qimi.. .

Slalunya tiap-tiap tahun besday qimi, qimi akan sambut dengan solat hajat pada jam 12 malam dan esoknya 23 hb 10 qimi akan berpuasa sunat. Alhamdulillah.. da lama qimi amalkan cara ni.. qimi penah dgr dari sahabat qimi yang nabi junjungan kita pun puasa semasa hari kelahiran baginda.

Alhamdulillah qimi dapat laksanakan salah satu sunnah nabi.. .

Ramai yang slalu tye qimi nape qimi wat solat hajat kol 12 malam, apa yang qimi mintak… qimi x mintak ape2 just bersyukur masih diberi peluang untuk terus berada di muka bumi Allah (hati manusia siapa tahu). Tapi kan salah satu sebab major qimi solat hajat adalah slalunya kan klu kita kat sekolah asrama ke, university termasuk IPGM ni biasa la kne simbah macam2 campuran kreatif kawan2.. kena baling telur, kena pukul la.. kena mandi.. kne lempar kek.. dan macam2 lagi.. so bila kita wat solat hajat malam tu.. sapa brani kaco…. Hik hik…

P/s : sapew2 yg slalu kne buli kat skola atau di mana2 tyme besday dicadangkan supaya wat la solat hajat di samping mendapat berkat anada juga kan selamat… yeay…
Di sebalik tu juga qimi sedar yang qimi makin tua… sepatutnya qimi perlu semakin matang dalam menghadapi mehnah hidup ni… Cuma kadang2 manusia ni x kuat pegangan hatinya.. maka selalulah tergelincir dari titian…

Masa 23 hb tu.. ramai yg send YM wish besday.. trima kasih semua..

Dan terima kasih saying untuk abang fazli atas ucapan “SELAMAT PENDEK UMUR” pada saya… abg jangan risau kerana saya sedar tentang itu.. munurut abang fazli umur kita ibarat seutas tali semakin kita potong semakin pendek begitulah umur kita, maka selamat pendek umur ye… hik hik..

Abg fazli ni orang yang paling qimi hormati kat IPGM KSM ni… banyak jasa dia pada qimi… nanti qimi akan buat satu post khas untuk beliau…

Tak lupa juga pada kawan2 yang sudi memberikan hadiah.. qimi tak pernah harap apa2.. cukuplah sekadar kawan2 cuba untuk mengingati dan menghargai …

27 September 2009

:: RINTIHAN HATI RAKAN SEJATI ::



MUHAMMAD ASHRAF ABDUL RASHID
Sebuah lagi nama yang menggegarkan dunia IPGM KSM…
Pemimpin muda yang berjiwa matang…
Nampak berhati lembut…
Marahnya selalu menerjang..
Bibirnya terukir senyuman…
Namun…
Jangan dicabar…
Pemimpin berwawasan masa hadapan!!!




Wahai sahabatku dunia akhirat…
Berkalamlah sejarah kehidupan manusia..
Kembali bersih hati yang jernih…
Seindah persahabatan diredhai ilahi..

Dikala ku sendirian…
Kau datang sebagai sahabat …
Dikala ku berduka…
Kaulah peneman setia..

Tapi mengapa bukan aku yang menjadi galang gantinya…
Dikala kau bersendirian tidak berteman…
Dikala kau berduka…
Menangisi…
Berair mata…

Ingatlah wahai teman…
Tidak terlintas di fikiranku berkata sedemikian
Melainkan hanya rasa sayang pada mu rakan…

Kau banyak menasihati aku tentang kehidupan…
Tidak secebis pun pernah aku lupakan…
Sedarkah apa yang pernah kau katakan…
Keluarga kita di sini adalah Sahabat kita yang menenangkan…

Kita berjanji bersahabat setia di sisi…
Kita berkongsi kebanyakan rahsia alami…

Suatu pertengkaran penyebab bermusuhan..
Maaf dipinta sebagai tebusan..
Andai diri ini tetap kau persalahkan..
Persetankan saja diriku…
Lakukan lah apa saja yang kau inginkan…

Ikatan semakin terjalin…
Hubungan persahabatan kembali dialin..
Andai berlaku gelombang kelmarin…
Hubungan kita mungkin ‘ditalqin’

Pernahkah dikau cuba sedari…
Bahwa aku sayangi persahabatan ini…
Andai semua yang ku lakukan ini..
Tidak sudi kau hargai..
Anggap saja ia semata-mata untuk duniawi…


Setiap kesalahan usah disesali…
Setiap kemaafan jangan ditangisi….
Bersahabatlah seikhlas hati..
Semoga kita berdua menjadi
antara 7 golongan yang diseru Allah
kerana saling berkasih kasihan kerana Allah
di padang mahsyar nanti…

:: KHABAR DARI SUDUT HATI ::



W.N.L a.k.a Wan Norlail

Suatu nama yang begitu gah di IPGM KSM…

Siapa yang tidak mengenali nama yang begitu sinonim ini..


Post kali ini ditujukan khas buat sahabat handaiku…




Rakan seperguruan….
Rakan seperjuangan…
Berjuang bersama dalam IPGM KSM…
Berjuang bersama dalam dunia perdebatan
Berjuang bersama menegakkan syiar Islam
Berterasakan Quran dan Sunnah

Sudah lama kita bersahabat…
Anda sahabatku yang paling rapat…
Paras wajah bukan ukuran…
Sempadan negeri bukan taruhan…
Pointer assignment tak perlu disaingkan….
Saiz badan jangan disamakan…
Ilmu dan hati menjadi sandaran…

Petah bicaraku selalu melukakan insan
Terutamanya dikau wahai kawan…
Tidak pernah ku bermaksud sedemikian…
Sekadar santapan senda gurauan…

Banyak rahsia kita berkongsi…
Banyak makanan kita sama-sama habisi…
Percayalah ku kan sentiasa disisi…
Menjadi penghias dirimu hingga akhir nanti..

Setiap kesalahan usah disesali…
Setiap kemaafan jangan ditangisi….
Bersahabatlah seikhlas hati..
Semoga kita berdua menjadi antara 7 golongan yang diseru Allah di padang mahsyar nanti…

:: SEKALUNG APRESIASI BUAT ABANG NABIL FIKRI ::



ASSALAMUALAIKUM...
salam sekalung apresiasi khas buat abang nabil fikri
post kali ini saya memang khaskan untuk abang seorang je..
terus terang saya katakan saya beruntung dapat berkenalan dengan abang
segala jasa dan pengorbanan abang pada saya amat besar ertinya
mungkin abang tak nampak atau abang menganggap itu perkara kecil
tapi saya betul2 menghargainya...



abang banyak mengajar saya erti kesabaran
bagaimana hendak menjadi seorang manusia yang berguna, berbakti pada ibu bapa
terima kasih banyak-banyak...
sepanjang perjalanan kita kembali dan pulang dari tanah air...
kita banyak berkongsi cerita, kisah, story dan pengalaman
percayalah...
setiap apa nasihat yang abang bagi kat saya
tak pernah saya lupa....




alhamdulillah..
sampai juga abang ke rumah saya...
terima kasih sangat-sangat sebab sudi datang beraya...
terima kasih juga pada family abang sediakan makanan hari tu..
semoga hubungan persaudaraan kita berkekalan sehingga ke akhirnya...

:: SEPUTAR PERJALANAN PULANG ::

YEAY.. pas beraye umah abg nabil... trus betolak ke tganu..
hurm.. mle2 tu abg nabil suh bwk kete sbb dia ngantuk..
tpi.. sbb mak ayah aku de kat c tu..
ckp dgn abg nabil suh dia bwk dulu..
nnt da sampai jauh sket bru la akim bwk..
bknnyer pe.. tkot nnt enjin mati ke!!
malu jek dgn mak bapak.. lesen da full just jarang bwk kete..



da jauh kami berjalan..( nek kete la...)
penat memandu lps sket dr banjaran titiwangsa tu
ade RnR.. so singgah jap tp kat dlm sket tu ade mcm kem..
kitorg lepak kat tasek buatan blakang kem tu...
ape ntah name dia... santuari ape ntah...
sambil lepak kitorg makan bihun n capati... hik hik...


pastu kitorg singgah kat pusat peranginan GUNUNG RENG
mai r ramai2 dtg tempat nih...
best sgt2 ader sungai ley mandi..
ader gua besar...
tmpt ni x popular meby x der publisiti kot...


haa... nampak x gua kat blakang tu...
tempat ni klu malam2 nampak ANGKER
klu siang2 nampak gua la.. hik hik...
akhirnya sampai gak kat IPGM KSM
kol 4.30 petang...
Alhamdulillah...
thanks abang nabil...

:: SATU HARI SATU MALAM DI HARI RAYA KE - 6 ::


hurm... da byk kali set dgn cikgu amir neh...
beriya ajak owg dtg umah.. ble nak dtg x de kat rumah plak..
cekgu amer nih bru jek habis PhD...
waa.. mmg my idol la...
akhirnyer... dapat gak braye umah dia w'pon just mkn bihun...




pas balik dr umah cikgu amer trus g men boling... hehe..
saper brani challenge?? jom r...
diorg mule2 ckp besar, tgk2 aku gak yang paling tggi point
huh...



aku klu bab2 bowling nih x la hebat sgt..
tpi aku mmg ske gler men bowling..
so stp kali baling aku cbe sedaya upaya
mengasah bakat terpendam aku..
dalam bowling ni ade dua kemenangan menurut cg amer
satu menang pointer
satu lagi menang 'gaya'
gaya aku mmg sapew pown x ley challenge,
pointer pon ley thn gak..



sian azmil a.k.a nyah neh... stp kali baling bola x penahnyer kene
sume masok longkang.. adoii..
cian sampai terduduk kesedihan...



lps penat bermain bowling.. kitorg lari p jalan2 kat lumut
bukanlah berlari, nek kete la..
kat lumut ni malam2 byk lampu..
so pemandangan waktu malam memang sgt2 canteks gleer...




hurm.. ni kat lumut gak ni..
mesti korg tertanya nape ade pompuan??
sorg lak tu... haa,, dia nk sepupu laki berdiri blakang dia tu
bacground ni sbnarnya adalah replica ikan paus
ni kat tulang rusuk ikan tu..



haa... yang ni kami bergambar kat ekor ikan paus tu plak..
klu kowg x nak caye sudah..
p la tgk sdr kat lumut nih...


26 September 2009

:: RUMAH TERBUKA ::


HAA... ni la gambo tyme aku wat umah terbuka just for my frenz tu... penat aku jemput kawan2.. siap tulih WAJIB lagi.. banyak ni jek datang.. tak kecah r.. janji kengkawan aku ade yang datang.. sume kwn2 aku ni da msok Uni.. alhamdulillah.. masing2 mencipta masa depan yang cerah... haa.. makan makan.. hurm.. korg mesti nak bekenalan dgn membe2 laki aku ni kan.. x nk kenal pon x pe.. meh aku pekenalkan...



yang nih namenyer.. nursyafiq a.k.a boboy (nama manje dia)
kat UUM skang nih.. degree k!



yang nih lak namenyer azmil a.k.a 'nyah'
name jek nyah tpi dia bukan mak nyah k!!!
ader r story dia dapat name nyah nih...
skang nih kat UniKL.. degree gak...



yang nih plak muhd faiz a.k.a kinto
skang nih d UniMaP
degree gak...



yang ni 'bekas' my bez frez satu ketika dulu
lps dia busy dgn awek dia.. so kitorg just kwn bese
name dier ahmad aidi asyraff a.k.a arab a.k.a up
dip kat uitm seri iskandar
ayah n akak dia da la pensyarah kat uitm tu
x adil.. x adil...



hehe.. yang sblah kiri skali namenyer firdaus a.k.a aus
aus ni study kat ipgm kpp (kira junior ipg sbb msok lewat sthn dr aku)
seblah dia yg baju merah tu namenyer syed muhammad..
syed ni study kat UIA.. degree gak
dia mmg kawan aku yg terbek...
w'pon umah agak jauh.. sanggup gak dtg tp lewat r...
yg seblah dia tu aku r.. hehe..





last2 ade gak dak pompuan yang dtg.. 3 owg pon jadila...
gambo ni abg aku yang amik...
thanks my frenz sbb sudi dtg umah tbuka aku...

:: SELAMAT HARI RAYA ::



+ SLAMAT HARI RAYE +

tyme nih kat umah nenek sebelah ibu, yang blakang tu ibu n ayah.
sebelah tu adeq laki, abang x de braye di perlis umah atok n nenek istri dia
adeq pompuan lak tyme2 ni g ziarah kubor lak ikot sepupu..
so tinggal kami2 jek.. ape lagi posing lar... hik hik



terpakse amik gambo raye taun lepas,
abg kesayangan nih..
kene letak gak pic dia..
nnt dia bagi 'sebijik' nnt kan susah



gambo nih tyme sepupu kawen,
abg kepade sepupu pompuan (yg dlm gambo ni) aku bawah tu..
adeq pompuan aku yg tudung biru tu..
so lengkaplah sudah
1 family 6 ahli
bahagialah hendaknyer... amin..






yang nih sepupu yang terbaik pernah aku ader..
walaupon baju raye kitorg nampak x serupa tapi bli di tempat yang sama,
dengan bersama-sama kuar di tengah malam raya
hanya untuk mencari sepasang baju raya...
kete dia r yang slalu jadi mangsa.. spe suh p bli kete...
sepanjang cuti raye nih asyik kuar dgn dia jek..
balik umah sampai 3-4 pg ( x buat mende jahat k)
g bowling la, men go-kart la.. tgk wayang lagi..
pastu g pusat latihan nyanyian merdu (karok la)




yang ni lak antara sepupu tercantik n terbek yang pernah ade,
sepupu len pon cantek gak, tpi yang ni la yang paling kamcing...
dia nih adeq kepada sepupu yang de kete tadi.. beza setahun jek
saling betukar2 rahsia bersama2...
mane taknyer kami ni rapat...
sume rahsia dia di tangan ku.. hik hik...




yang ni tyme raye taun lepas...
bezakan dgn gambo dibawah




huhu.. yang ni jangan salah faham.. mmg dia nampak muda
tapi umo sebaya abg kandung aku... kami pon slalu gak berkongsi rahsia..
antara sepupu yang paling rapat dgn aku la....



yang nih lak.. hehe adeq yum.. (abdul qayyum) umo bru darjah 4.. dia nih anak sepupu
aku ni pangkat pak ngah dia, tpi dia ske pggil aku abg..
so trase r muda mudi kan.. hik hik..
antara anak sedara yang tersayang... bek sangat2...




hurm.. mmg aku tau dia lagi tinggi dari aku...
setinggi2 aku melompat, tinggi lagi dia melompat kijang
dia ni tua aku setahun, anak pak ndak aku..
paling rapat dgn aku dari aku kecik lagi.. sampai la skang
slalu aku balik kmpg jumpe dia r dulu sbb dia dok kmpg aku
jgn memain tau, nampak je mke bek n kacak tpi..
'jari telunjuk' dia amat berkuasa, skali tunjuk..
kete ke, moto ke, lori ke, ape jenis kenderaan pon tpakse brenti tepi jalan
sebab dia polis tau... hehe...