06 March 2009

:: SURAH AL-FATIHAH ::

Hikmah Ilahi membuka kalbu
Menerap suci rahsia ilmu
Di laman ini ku bentangkan padamu
Hakikat kunci surah terdahulu

Isti'adzah pembuka kata
Dengan kalimah A'uzubillah
Dalam solat mahupun do'a
Ummul Quran dilafaz dengan sempurna


Pengertian jitu diiringi ucapan
Lafaz munajat Didahului niat
Tatkala hati dalam kelalaian
Jangan digerak lidah melafaz ayat

Bismillahir Rahmannir Rahim

Termaktub niat memohon berkat
Luncus ke hati penyerahan abadi
Terbitnya rahmat dari sisi Zat
Al Rahim diiringi melengkapi i'tiqad Ilahi

Alhamdulillahi rabbail a'lamiin

Segala puji milik Ilahi
Hak yang Khaliq pencipta langit dan bumi
seraya dijawabNya "Hamidani Abdi"
AKU dipuji oleh hambaKU ini

ArRahmaanir Rahiim

Tiada terputus rahmat ilahi
Dengan kehalusan DIA memberi
DIA menjawab "'Atsna 'aliya abdi"
AKU disanjung oleh hamba KU ini

Maaliki yaumiddin

DIA menghitung amalan insani
Balasan dan ganjaran pasti ditepati
Seraya menjawab "Majjadani 'abdi"
Aku dimuliakan hamba KU ini

Iyyaka na'budu wa Iyyaka nasta'iin

Tersirat segenap rahsia di balik kekata
Melengkapi tauhid 'Rububiyyah' dan 'Uluhiyyah'
Allah menjawab seraya "berkata-kata"
Saat hambaNYA memanjatkan hasrat kian tiba

"Hadza baini wa baina 'abdi,
Wa li 'Abdi ma sa 'ala"
Antara KU dan hamba KU ini
Mohonlah hajat apa yang dipinta

Ihdinash shiraathal mustaqiim

Mohon petunjuk berlandaskan kebenaran
Arah yang lurus disitulah jalan
Amal dan Ilmu menjadi pertimbangan
Ikhlas dan kejujuran menjamin keredhaan

"Hadza baini wa baina 'abdi,
wa li 'abdi ma sa 'ala"
Antara KU dan hamba KU ini
Mohonlah hajat apa yang dipinta

Shiraathal ladzina 'an 'amta 'alaihim

Meniti jalan di ijab nikmat
Amal dan ilmu menjadi jambatan
Inilah jalan yang menuju akhirat
Tercerna kemantapan penuh kenikmatan

Ghairil maghdluubi 'alaihim... Waladlaalliiiin

Mohon dijauhi segala kebathilan
Anyaman hasrat menghindar kesesatan
Titian lurus itulah kepastian
Menjamin perjalanan ke arah kebenaran

"Hadza baini wa baina 'abdi,
Wa li 'abdi ma sa 'ala"
Antara KU dan hamba Ku ini
Mohonlah hajat apa yang di pinta

Ihsan: Pendekar Sudin Adnan




:: CETUSAN MINDA SANTAPAN ROHANI ::

Ibarat menatap diri di cermin
Melihat yang zahir bukan yang batin
Apa yang terlihat hanya menjalin
Antara sifat dan zat yang telah di alin

Bersuluk berkhalwat membuka rahsia
Di sebalik rahsia ada rahsia
Siapakah aku insan berdosa
Mencari jalan mengenali yang Esa



Kenalilah dirimu rata-rata
Sebelum kau mengenali Tuhan yang nyata
Di sebalik dirimu adalah rahsia
Di situlah duduk ke menanti hidayahNya

Aku menyepi tiada yang mencari
Hijab menutup Latifatulqalbi
Sekiranya dikau mahu mengenali diri
Bukalah lembaran halaman ku ini.

Meniti usia membongkar rahsia
Mencari Dia entah di mana
Bagaimanakah akan aku bermula
Mencari arah tuju dalam dunia

Di sebalik setiap yang fana' ini
Tersembunyi utusan pesanan nabi
Kupaslah dikau dengan teliti
Di situ letaknya rahsia diri

Jika Syariat yang dianuti
Tiada akan lengkap perjalanan mu nanti
Rahasia Tarikat sedang menanti
Ikutlah jalan para ahli sufi

Peningkatan dari perjalanan nanti
Menghala ke Hakikat memapar diri
Di situlah letaknya Kemakrifatan abadi
Rahsia Sifat dan Zat Ilahi

Termaktub sudah pesanan Nabi
Kepada semua yang mencari
Fahamkanlah dikau istilah ini
Kerna di sini akan dikau mulai nanti

"Syariat itu perbuatan Ku
Tarikat itu perjalanan Ku
Hakikat itu pakaian Ku
Ma'rifat itu rahsia Ku"

Ihsan : Pendekar Sudin Adnan

05 March 2009

:: SEMUANYA ADALAH BETUL ::

Izinkan saya mencelah dalam berbicara bab ilmu ini. Masalah Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat adalah bidang-bidang atau cabang-cabang ilmu yang sangat khusus dan sangat berbeza dari segi pendekatannya dan sumber perantara ilmu ini.

Pertelingkahan antara ulama Hakikat dan ulama Syariat telah berlaku sejak dahulu lagi. Mereka sebenarnya adalah 'betul' dalam bidang masing-masing. Sebagaimana yang berlaku antara Nabi Musa A.S dan Nabi Khidir A.S. Nabi Musa walaupun seorang Nabi, beliau tidak mempunyai ilmu Makrifat, maka beliau menghukum sesuatu kejadian berdasarkan ilmu Syariat yang beliau tahu. Nabi Khidir pula dikurniakan Allah ilmu Makrifat, maka beliau menghukum sesuatu itu berdasarkan ilmunya.



Semasa dalam perjalanan Nabi Musa bersama-sama dengan Nabi Khidir, Nabi Khidir telah membunuh seorang anak kecil, menegakkan kembali dinding yang hampir roboh, dan merosakkan sedikit sampan yang beliau tumpangi. Perbuatan ini amat bersalahan dengan Syariat Nabi Musa. Kerana tidak sabar, Nabi Musa menegur perbuatan Nabi Khidir. Dengan itu mereka terpaksa berpisah sebagaimana perjanjian yang telah dibuat sebelum memulakan perjalanan.

Nabi Khidir berbuat demikian kerana pada pandangan Makrifatnya, anak kecil itu mesti dibunuh kerana ia bakal menjadi anak yang jahat, sedangkan ibu bapanya adalah orang yang soleh. Dibawah dinding yang hampir roboh itu terdapat harta anak yatim yang belum dewasa dan dalam perjalanan dengan kapal, Nabi Khidir merosakkan sedikit sampan yang beliau tumpangi supaya tidak dirampas oleh Raja yang zalim di pelabuhan yang mereka akan singgah keranan raja ini akan merampas kapal-kapal yang baik.

Dalam hal ini Nabi Musa betul dengan ilmunya, begitu juga dengan Nabi Khidir yang juga betul dengan ilmunya. Sumber hukum untuk masyarakat umum dalam Islam mestilah berlandaskan Syariat. Ini adalah untuk menjadikan hukum Islam bersistematik sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Sekian dahulu... jumpa lagi kemudian.
Assalamualaikum dan selamat beramal!

:: EMPAT ILMU DI DALAM ISLAM ::

Adakah cukup sekadar berpakaian seperti orang Islam? Adakah cukup dengan mengamalkan Rukun Islam dan Rukun Iman? Mungkin bagi anda itu sudah mencukupi.... namun bukan semudah ini!

Tahukah anda ilmu di dalam Islam terbahagi kepada empat? Apa ilmu itu?



1) Syariat
2) Tarikat
3) Hakikat
4) Makrifat

Benar... mungkin anda tahu tentang ini, namun sejauh mana pengamalan anda terhadapt empat ilmu Islam ini?

Biar saya jelaskan, apa itu ilmu syariat. Ilmu Syariat ini adalah ilmu hukum hakam. Apa itu ilmu hukum hakam? Ilmu hukum hakam ini adalah di mana kita perlu hidup di dunia ini berlandaskan kepada peraturan dunia, tidak boleh berbuat jahat dan sebagainya tanpa melanggar norma-norma dan nilai dalam Islam. Jika di Malaysia ilmu syariat ini adalah daripada Imam Syafie. Namun, sejauh mana pengamalan anda terhadap Ilmu syariat ini? Anda tentukan sendiri.

Penjelasan bagi ilmu tarikat. Tarikat itu sendiri membawa pengertian kepada 'jalan'. Namun jalan yang bagaimana? Sebagai orang Islam kita perlu untuk mengikuti jalan Tasawwuf, dimana mengamalkan amar makruf nahi mungkar berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi. Di sini kebiasaannya kita akan mendengar perkataan 'tabliqh' atau 'tarbiyah' . Mereka ini yang mengamalkan ilmu tarikat.

Apa itu pula ilmu hakikat? Hakikat di sini bermaksud mengetahui segala perkara sebenar dalam Islam melalui pengkajian yang mendalam dari al-Quran. Mengkaji segala Qiyas Allah SWT. Mengetahui hakikat sebenar kejadian Insan dan alam ini. Mengenal apa itu alam Allah dan sebagainya. Pada masa ini, antara ilmu Syariat dan Ilmu Tarikat, Hakikat merupakan jalan yang paling hampir mengenal Allah.

Mesti anda tertanya-tanya apa itu Ilmu Makrifat. Makrifat adalah sebenar-benar ilmu dalam segala ilmu yang wujud di dunia ini. Di mana makrifat ini bermaksud 'mengenal.' Mengenal siapa? Mengenal Allah SWT. Mengapa kita perlu mengenal Allah? Di dalam Islam sendiri mengatakan " Awaludin makrifatullah" - Awal agama mengenal Allah. Tentu anda pernah mendengar firman Allah yang bermaksud " barangsiapa yang mengenaliku, maka dia mengenal dirinya dan barangsiapa yang mengenal dirinya dia akan mengenaliku"

Untuk menjadi Islam yang sejati, keempat-empat ilmu ini perlu untuk kita fahami dan dalami. Tidak cukup sekadar mengetahui ilmu syariat dan tarikat. Sesungguhnya Hakikat itu membawa kepada Makrifat. Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa pada akhir zaman terdapat 77 jalan untuk sampai kepada Allah SWT, namun pilihan di tangan anda untuk memilih jalan yang mana... Anda yang tentukan.

Sekian dahulu... Jumpa lagi kemudian!
Assalamualaikum dan selamat beramal.

:: BEZA 'TAKRIF' DAN 'MAKNA' ::

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka beranggapan bahawa 'takrif' dan 'makna' membawa maksud atau definisi yang sama. Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah berkenaan penggunaan kata yang salah namun tetap digunakan oleh sesetengah pihak. Sajauh mana yang anda faham dengan 'takrif' dan 'makna' ini?



Biar saya jelaskan, selalu kita mendengar dari kita kecil sehingga kini ustaz dan ustazah sering menggunakan ayat " dalam solat, sekiranya hendak khusyuk baca al-Fatihah sekali dengan maknanya ye", ini bermaksud seseorang individu itu perlu untuk menghuraikan makna sebenar surah al-Fatihah ini tadi. Sepatutnya beliau menyebut "dalam solat, sekiranya hendak lebih khusyuk baca al-Fatihah sekali dengan takrifnya atau terjemahannya".

Penggunaan ayat ini barulah menepati dengan tujuan sebenar percakapan tadi. Mungkin bagi anda isu ini adalah sangat kecil dan tidak perlu diambil tahu, akan tetapi apabila sampai di satu tahap di mana murid yang bijak atau cerdik pandai bertanya maksud sebenar surah al-fatihah, pada masa ini barulah masalah ini akan menjadi besar. Sekadar untuk perhatian umum....

:: ADE KE HANTU ??? ::

Betul ke ada hantu kat dunia ni? Ada yang kata syaitan la, iblis, hantu, langsuir, pontianak, toyol, hantu raya dan macam-macam lagi jenis hantu yang sememangnya familiar dengan masyarakat melayu khususnya. Namun apakah pengertian yang sebenar di sebalik perkataan 'hantu' ini.

biar saya jelaskan, sebenarnya dalam atau luar dunia ini, tiada makhluk Allah yang digelar 'hantu', ini dapat dibuktikan melalui firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat : 57 yang takrifnya " tidak Aku jadikan jin dan manusia itu semata-mata untuk mengabdikan diri meraka kepadaku".



Di sini, jelas membuktikan kepada kita, Allah hanya menciptakan jin dan manusia untuk mengabdikan diri kepadanya, ini bermaksud, segala jenis hantu kat dunia ini semuanya adalah golongan jin semata-mata. Begitu juga dengan manusia yang berbilang kaum dan bangsa dan begitulah juga halnya dengan jin.

Kalau nak diikutkan perkataan 'hantu' ini jika diterbalikkan akan menjadi 'tuhan', timbul satu perumpamaan bahawa bila adanya tuhan sudah tentu adanya hantu, kerana hantu itu juga makhluk ciptaan tuhan yang tergolong dalam golongan jin. Maka sekiranya ada sesiapa yang berpengalaman 'terserempak' dengan hantu, jangan takut kerana ialah adalah jin yang merupakan makhluk Allah juga.

Tahukan ada jun juga terbahagi kepada jin baik dan jin jahat, jin juga mempunyai agama, sebab itu kadang-kadang kita terdengar tentang cerita jin Islam. Namun jin ini tidak sama dengan manusia, umur mereka lebih panjang dari kita, sehingga boleh mencapai ribuah tahun. Dan tahukah anda antara rahsia jin, jin sangat menyukai surah al - Jin. Dan surah ini, memang diturunkun untuk bangsa jin pada asalnya. Barang siapa yang beriman dengan surah jin ini, insyAllah tidak akan diganggu oleh mereka.

Sekian sahaja kali ini, jumpa lagi kemudian.
Assalamualaikum dan selamat beramal.

04 March 2009

:: JARI YANG MANA...??? ::

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali RHU. Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad SAW, berpesab BAGINDA kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :

1) Jari Manis
2) Jari Kelingking

dan janganlah memakai cincin pada jari...



1) Jari Tengah
2) Jari telunjuk

Larangan Nabi Muhammad ini adalah kerana memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk adalah mengikuti cara berhias kaum yang dilaknat oleh ALLAH iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut. Jari yang mana anda hendak pakai, anda yang tentukan...

Sekian dahulu, jumpa lagi kemudian!
Assalamualaikum dan selamat beramal.

::EMPAT PERKARA::

Empat perkara menguatkan badan :
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan :
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata :
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata :
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran :
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR :

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

03 March 2009

:: SUSUK...??? ::

Saya percaya dengan sepenuh hati bahawa perkataan 'susuk' ini merupakan satu perkataan yang tidak asing bagi masyarakat di Malaysia terutamanya masyarakat melayu. Ramai di antara kita yang pernah dengar tentang susuk namun sejauh mana anda mengenalinya....???

Disini saya akan berikan beberapa penjelasan tentang susuk. Pada asalnya, susuk ini telah lama digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, susuk sangat popular digunakan di tanah Jawa dan sering dipakai oleh golongan pendekar untuk kekuatan , perubatan dan kekebalan. Susuk juga digunakan oleh wanita pada zaman dahulu untuk mengekalkan kecantikannya.



Namun sejauh mana yang kita tahu tentang susuk, biar saya jelaskan antara rahsia susuk yang orang tiidak tahu, susuk ini sebenarnya hanya merupakan alat atau medium serta perantara antara pelaku susuk dan pemakai susuk. Apa sebenarnya yang memberikan kekebalan, kecantikan dan kekuatan itu bukan terletak pada susuk emas, perak, dan berlian tetapi asma', mantera atau jampi yang diletakkan dalam susuk itu yang memberi segala jenis kecantikan, kekuatan dan sebagainya.

Namun malangnya pada masa kini, susuk digunakan sebagai alat untuk kejahatan semata-mata, untuk pemikat, pemanis, dan sebagainya. ianya bukan sahaja popular di kalangan artis-artis tetapi juga penggunaannya sudah meluas bagi mengejar nikmat dunia semata-mata.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa hukum memakai susuk, bagi penggunaan susuk asma', ianya menggunakan ayat al-Quran, bagi jampi dan mantera pula menggunakan khidmat jin dan sebagainya. namun bagi sesetengah orang menganggap memakai susuk ini adalah haram... sebenarnya memakai susuk adalah jatuh kepada hukum 'harus', tetapi hukum harus ini adalah untuk bagi mereka yang benar-benar memerlukan bagi tujuan kebaikan. misalnya memakai susuk bagi penyakit yang gagal diubati. Bagi kes ini, hukumnya adalah jatuh kepada HARUS. bagi yang tiadak mempunyai sebab atau keperluan yang mendesak ke arah kebaikan dan gagal mencari ikhtiar tetapi masih ingin menggunakan susuk. Hukumnya HARAM!

Dan tahukah anda susuk juga boleh diletakkan dimana sahaja yang anda suka, saya sendiri pernah mengalami pengalaman melihat proses pemakaian susuk ini, susuk boleh diletakkan pada kenderaan sebagai keselamatan, dalam tubuh sebagai kecantikan, dalam dagu sebagai pemanis bicara, pada leher sebagai suara merdu, dalam lutut sebagai penguat kaki berjalan jauh. Pada pinggang sebagai penguat tulang. Pada kiri dan kanan bulu kening sebagai penguat minda. Dan banyak lagi tempat-tempat yang selalu diletakkan mengikut keinginan masing-masing.

Dan susuk juga banyak pantangnya, ada sesetengah susuk tidak boleh makan keladi, ada yang tidak boleh lalu bawah ampaian, ada yang tidak boleh makan pisang emas, ada yang tidak boleh makan jantung pisang dan macam-macam lagi. Selagi susuk itu ada pantangnya, bermakna susuk itu ada kesan buruknya dan kemungkinan besar khidmat jin digunakan dalam susuk itu.....

Banyak lagi yang hendak diceritakan tentang susuk, tapi mungkin lain kali ada sambungannya....
jumpa lagi, Assalamualaikum dan selamat beramal.

:: SUATU PERMULAAN ::


Setelah berkurun dan berabad lamanya.... hijab itu terbuka untuk aku membuat satu blog dimana pengisiannya nanti pasti membuatkan orang tertanya-tanya siapa aku sebenarnya.. Namun itu bukan persoalannya.. Baca dulu blog ini dan kenali dahulu siapa aku, jangan begitu mudah sekali untuk kita membuat sebarang penakulan mantik semata-mata... sebab.. penakulan mantik itu nanti boleh membawa kepada satu fitnah yang besar... dan fitnah ini dosanya lebih besar daripada membunuh...

Sekian dahulu untuk pengenalan.. Jumpa lagi kemudian!
Assalamualaikum dan selamat beramal