05 November 2009

:: KELAHIRAN YANG DINANTIKAN ::

Alhamdulillah….

Sekali lagi dapat jugak qimi zahirkan apa yang tersirat menjadi tersurat… dah lama tak update blog ni.. maklumlah terdapat pelbagai limitasi dan permasalahan yang perlu qimi selesaikan.. kadang-kadang tu memang malas pun nak update ye la internet tak brape nak best jek.. ni bru tukar line bru so mcm “phoniex bangkit dari abu” la untuk berblog semula.. yeay…

Tapikan walaupun hari ni da 6 hb 11, qimi tetap nak cite start dari 23 hb 10.. tarikh keramat yang memang qimi lama nantikan setiap tahun.. tapi disebalik qimi bergembira di hari tersebut.. sebenarnya tarikh itu banyak mengingatkan qimi pada kisah dahulu..


Rasanya qimi da penah cite sblm ni dalam “airmata ibu” … so qimi x nak sentuh hal itu lagi..


terima kasih abang jai sudi sponsor kek tuk qimi
qimi memang sayang sangat abang jai ni..
beza umur kami 2 tahun, qimi sem 2 dia sem 6
tapi kami memang rapat..
kami banyak berkongsi suka duka bersama
semoga Allah memberkati hubungan persahabatan kami ini..


Sampai je pukol 11:59:59 malam 22 hb 10 mmg qimi kne ready sebab confirm2 ade lebiy kurg 30-40 msg yang wish (3-4 msg je sbnrnyer) hepy besday tuk qimi.. .

Slalunya tiap-tiap tahun besday qimi, qimi akan sambut dengan solat hajat pada jam 12 malam dan esoknya 23 hb 10 qimi akan berpuasa sunat. Alhamdulillah.. da lama qimi amalkan cara ni.. qimi penah dgr dari sahabat qimi yang nabi junjungan kita pun puasa semasa hari kelahiran baginda.

Alhamdulillah qimi dapat laksanakan salah satu sunnah nabi.. .

Ramai yang slalu tye qimi nape qimi wat solat hajat kol 12 malam, apa yang qimi mintak… qimi x mintak ape2 just bersyukur masih diberi peluang untuk terus berada di muka bumi Allah (hati manusia siapa tahu). Tapi kan salah satu sebab major qimi solat hajat adalah slalunya kan klu kita kat sekolah asrama ke, university termasuk IPGM ni biasa la kne simbah macam2 campuran kreatif kawan2.. kena baling telur, kena pukul la.. kena mandi.. kne lempar kek.. dan macam2 lagi.. so bila kita wat solat hajat malam tu.. sapa brani kaco…. Hik hik…

P/s : sapew2 yg slalu kne buli kat skola atau di mana2 tyme besday dicadangkan supaya wat la solat hajat di samping mendapat berkat anada juga kan selamat… yeay…
Di sebalik tu juga qimi sedar yang qimi makin tua… sepatutnya qimi perlu semakin matang dalam menghadapi mehnah hidup ni… Cuma kadang2 manusia ni x kuat pegangan hatinya.. maka selalulah tergelincir dari titian…

Masa 23 hb tu.. ramai yg send YM wish besday.. trima kasih semua..

Dan terima kasih saying untuk abang fazli atas ucapan “SELAMAT PENDEK UMUR” pada saya… abg jangan risau kerana saya sedar tentang itu.. munurut abang fazli umur kita ibarat seutas tali semakin kita potong semakin pendek begitulah umur kita, maka selamat pendek umur ye… hik hik..

Abg fazli ni orang yang paling qimi hormati kat IPGM KSM ni… banyak jasa dia pada qimi… nanti qimi akan buat satu post khas untuk beliau…

Tak lupa juga pada kawan2 yang sudi memberikan hadiah.. qimi tak pernah harap apa2.. cukuplah sekadar kawan2 cuba untuk mengingati dan menghargai …

No comments:

Post a Comment