24 July 2009

:: AIRMATA IBU ::

AIRMATA IBU
By Datuk Siti Nurhaliza

Hari ini setelah sekian lama, saya berusaha mencari posting yang sesuai untuk diletakkan di dalam ruangan tersirat dalam lunak. Dan Alhamdulillah akhirnya atas beberapa sebab, perkara dan timbang tara kes saya mengambil keputusan menyediakan lirik lagu ini buat tatapan umum.


Mari kita singkap, mari kita ungkap apa hijab perjuangan lagu ini. Kebiasaannya, tidak siapa pun suka mengkaji serta memahami maksud sebenar lagu yang mereka dengar atau nyanyikan, penulis lirik bukan saja- saja menulis lirik lagu, tetapi ada maksud yang tersirat sebenarnya.

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Pernahkah kita sebagai seorang anak mengetahui setiap yang bermain di hati dan fikiran ibu kita? Tentunya tidak, bukan semua anak mengenali sebenar-benar perangai ibu mereka, tetapi semua ibu sangat mengenali perangai anak mereka. Dari dahulu sehingga kini, terlalu banyak rahsia yang ibu simpan. Segala susah payahnya pernahkah kita merasa? Walaupun hari ini bukan hari ibu tetapi perkara yang sepatutnya adalah hari-hari adalah hari ibu.

( korus )

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Hari ini kita masih tak mampu duga apa yang bermain dalam fikiran ibu kita. Saya bertanya kepada anda semua, pernahkah anda merenung betul-betul tepat kea rah mata ibu anda? Sekiranya pernah, apa yang anda lihat? Di dalam anak mata itu terkandung seribu satu rahsia seorang ibu dari anaknya dan semua rahsia itu adalah demi kebaikan anaknya.

( bridge )

Namun kupercaya Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda... Duhai ibu

Ikatan kasih sayang antara seorang ibu dan anak-anaknya tak pernah lekang dek hujan dan panas. Tapi berapa banyak kita sayang pada ibu kita berbanding sayang ibu pada kita? Satu lagi pertanyaan, pernahkah anda semua memeluk dan mencium ibu anda serta memohon ampun maaf, halal makan minum? Mungkin pernah dan mungkin jawapannya adalah ya.. iaitu pada hari raya… kan?? Hari ini kepada yang belum pernah melakukan seperti itu lakukanlah ia setiap masa… restu ibu membawa redha Allah, dan sesungguhnya doa ibu mengatasi doa Rasulullah S.A.W.. Syurga itu sememangnya di bawah telapak kaki ibu. Saya juga seperti anda semua, masih gagl mengerti hati seorang ibu.

Mari saya ceritakan perihal ibu saya…. sekadar untuk perhatian.

Dari kecil lagi, ibu saya sudah biasa dengan kehidupan susah… maklumlah, kehidupan kampong di zaman dahulu mana-mana hidup sekadar kais [agi makan pagi, kais petang makan petang. Setelah berumur 18 tahun, ibu telah dijodohkan dengan ayah yang beza umurnya lebih dari 10 tahun. Tapi itu bukan persoalan kerana jodoh itu kan ditentukan Allah.

Setelah berkahwin, ibu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu abang saya, Haizullah Ahmad (along). Pada masa itu ayah seorang pekerja kilang kelapa sawit pada waktu siang, malamnya dihabiskan di masjid kerana ayah imam keempat. Sebagai imam keempat, Alhamdulillah ayah mendapat sedikit ‘elaun’ dari jabatan agama islam sekurang-kurangnya dapat menampung pendapatan keluarga.. ayah memang seorang yang suka belajar ilmu agama, sanggup naik basikal jauh-jauh semata-mata menuntut ilmu agama dari seorang ustaz kepada ustaz yang lainnya.

Setelah 4 tahun, Alhamdulillah ibu mengandung sekali lagi, ayah selalu cakap pada ibu, “mah, abang tak sabar nak tengok anak kita ni lahir, laki ke perempuan ye? ” hamper setiap hari ayah menyebut perkara yang sama berulang-ulang. Ye la, mana ada ibu bapa yang tak saying anak mereka, lebih-lebih lagi apabila di saat menimang cahaya mata. Tentulah sesuatu yang menggebirakan.

Ibu dah mengandung selama 7 bulan, tinggal 2 bulan saja lagi. Mesti dah tak sabar dan persiapan mesti sudah disediakan. Tetapi, rupanya Allah ada rancangan yang lebih baik untuk IBU! Pada suatu hari ayah memberitahu nenek bahawa dia ada jamuan di rumah kawannya, ibu tak boleh ikut kerana sarat mengandung, nenek berkeras hendak ikut kerana rasa tak sedap hati, tetapi ayah tak benarkan.

Selepas pulang dari jamuan itu, tiba-tiba ayah sakit, demam dan tak lalu makan. Semakin hari semakin kurus. Pada suatu malam, ibu tidur bersama ayah di bilik, keadaan ayah nampak biasa. Seperti kebiasaan ayah suka tidur seperti orang yang sedang solat (Qiam). Setelah berlalu malam, subuh menjelang dan ibu mengejutkan ayah untuk bersiap solat subuh dan bekerja.

Semasa ibu memegang ayah, tangan ayah sejuk, muka pucat sangat. Ibu dah panic, panggil beberapa kali tapi ayah tak menyahut, tak bergerak walau seinci, tiada satu pergerakan seperti manusia sudah pergi menghadap ilahi. Rupanya BENAR… ayah sudah pergi di saat ibu mengandung 7 bulan.. ibu terus pengsan dan di bawa ke hospital.

15 orang anak nenek pulang ke kampong menguruskan jenazah ayah. Setelah memandikan dan mengkafan terus dikuburkan. Alhamdulillah semua urusan lancar. Tapi saying, ibu masih di hospital, petangnya ibu pulang dan dikhabarkan ayah sudah dikuburkan, ibu terkilan tak dapat menatap ayah buat kali terakhir! Ibu pengsan sekali lagi.

Kehidupan ibu kembali seperti biasa, hidup sebagai seorang balu. Setelah menjangkau 9 bulan, ibu pun melahirkan cahaya matanya yang kedua. Oleh kerana anak ini tiada berbapa, mak cik saya mencadangkan ibu untuk mengambil anak itu sebgai anak angkat kerana mak cik tidak dikurniakan seorang anak walaupun sudah lama berkahwin, mak cik ingin membeli cahaya mata itu dengan harga RM2000 tetapi ibu berkeras menolak, ye lah, ibu mana yang tak sayang anaknya. Walaupun sudah kehilangan suami, takkan kehilangan anak pula.



Ibu kembali duduk di rumah mak ibu (nenek sebelah ibu). Anak kedua ibu dijaga oleh nenek, ibu pula terpaksa bekerja kilang di ipoh, seminggu sekali baru ibu balik menjenguk anaknya, setiap bulan ibu mengirim duit pada nenek untuk membeli susu dan barangan keperluan bayi.

Along pun terpaksa disekolahkan di sekolah kampong, tetapi along duduk rumah mak ayah (nenek sebelah ayah) tapi, tak jadi masalah kerana rumah ayah dan ibu adalah bersebelahan, biasalah rumah kampong kan.. cahaya mata itu membesar dengan jagaan neneknya, setelah berumur tiga tahun, bayi itu sudah besar dan yang melucukan neneknya juga dipanggil ibu kerana terlalu lama tinggal bersama dan kasih sayang seorang nenek setaraf sayang seorang ibu. Ini bermakna bayi itu mempunyai dua ibu sekarang. Cuma tiada kasih sayang seorang bapa.

Rupanya, sekali lagi Allah merancang sesuatu untuk ibu, ibu dilamar ayah yang baru (adik kepada arwah ayah) beza umur 4 tahun je.. ibu menerima dan Alhamdulillah, along dan adiknya tinggal bersama-sama. Setelah berkahwin, ibu dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Iskhandar Ahmad.

Beza umurnya juga 4 tahun , selepas 4 tahun sekali lagi ibu mendapat cahaya mata dan kali ini seorang perempuan dinamakan Nur Nabilah. Kehidupan ibu sekeluarga bertambah baik dari tahun ke tahun, walaupun ayah bukan seorang yang bergaji besar tetapi Alhamdulillah semua mencukupi untuk anak-anaknya.. dan tidak pernah ada diskriminasi antara anak arwah ayah dengan anak ayah.

Tetapi, hari ini, saat ini, ibu sakit! Da banyak kali berubat, dah macam-macam ubat, duit habis jangan dikira janji sembuh, tapi mana ubatnya..??? siapa yang boleh sembuhkan, ya.. saya tahu hanya ALLAH yang boleh sembuhkan…. Tapi bila? Ibu sakit, menderita, makan sikit terus muntah, badan semakin kurus, malam tak boleh tidur asyik batuk pastu muntah buih-bih.

Sakit dibuat orang ke? Sakit doctor ke? Check doctor, doctor kata tak tahu, chek perubatan tradisional tak sihat-sihat pon.. cukuplah derita ibu, nak ni da tak sanggup melihat ibu macam tu… memang ibu slalu cakap ibu sihat, tak pape, kamu tak payah risau, ibu suka makin kurus, baju lama bole pakai, tapi angah tahu mak, mak tipu angah je selama ni, mak sakit, biar angah habis ribu-ribu pon tapi janji mak sihat.

Mak selalu cakap kat angah, masa arwah ayah solat kat bilik, bilik bau wangi, macam ada orang solat sama-sama dengan ayah,setiap malam jumaat ayah buat tahlil dan baca yasin, suka solat malam. ayah baik, semua orang hormat, tapi ayah da pergi, tak kan mak pun nak pergi tinggalkan angah.. angah cuba jadi macam ayah, ayah cuba mak, tapi angah selalu gagal…

Tapi mak percayalah, angah sanggup buat apa je untuk mak, asalkan mak sihat, biar angah tak makan janji mak makan, biar anagh yang sakit janji mak sihat. Ya Allah kalu boleh pindahkanlah sakit ibuku padaku, biar aku tanggung apa yang ibuku tanggung. Dah banyak yang ibu lalui sepanjang hidupnya… anak yang sorang ini tak sanggup tengok ibu terus macam tu…

Ya Allah berilah petunjuk di mana penawar untuk penyakit yang kau turunkan itu…

No comments:

Post a Comment