14 May 2009

:: RAHSIA SANG 7 ( SIRI 3 ) ::

MANUSIA & RAHSIA 7

Manusia adalah KALIFAH (7huruf) di muka bumi. Kalifah pada umat Islam pula adalah Nabi MUHAMAD yang merupakan rasul yang terakhir dari 25 (2+5=7) rasul-rasul ALLAH. Marilah kita meneliti kaitan Rahsia 7 pada sistem manusia sebagai sehebat-hebat kejadian Yang Maha Pencipta.



Komposisi Tubuh

Secara kasar, tubuh manusia bolehlah dibahagikan pada 7 komposisi yang utama iaitu:

• 1 unit kepala
• 1 unit leher
• 1 tubuh badan
• 2 unit tangan
• 2 unit kaki

Pancaindera Utama (deria)Pancaindera merupakan ‘penghubung’ manusia dengan dunia luarnya. Melalui deria-deria ini manusia dapat menerima maklumat, berinteraksi dan bertindak balas dengan alam sekelilingnya. Selain sistem kulit, terdapat 4 deria utama pada bahagian muka dan jumlah unit deria tersebut adalah 7 iaitu:

• • 1 mulut
• • sepasang telinga (2 lubang)
• • sepasang rongga Hidung (2 lubang)
• • sepasang Mata (2 unit)

Rongga pada TubuhRongga atau lubang pada tubuh merupakan ekses keluar dan masuk udara, makanan ataupun cecair bagi pelbagai tujuan untuk kehidupan manusia. Terdapat 7 rongga atau lubang pada tubuh manusia iaitu:

• 2 rongga telinga
• 2 rongga hidung
• 1 mulut
• 1 salur kencing
• 1 rongga dubur

7 bahagian pada Ambrio Manusia:

• Amnion
• Chorionic Villi
• Spinal Cord
• Jantung
• Otak
• Umbilical Cord
• Yolk Sac

7 Organ Utama dalam tubuh Manusia:

• Otak
• Jantung
• Alat kelamin
• Paru-paru
• Hati
• Ginjal
• Perut

7 Kelenjar utama dalam tubuh:

• Pituitary
• Pineal
• Thyroid
• Thymus
• Pancreas
• Gonads
• Adrenals

7 Bahagian utama pada Otak:

• Cerebrum
• Cerebellum
• Pons Varolii
• Medula Oblongatta
• Corpus Callosum
• Spinal Cord
• Meninges

7 Bahagian utama pada Telinga:

• Vestibule
• Auditory Canal
• Tympanic Membrane
• Ossicles
• Semi-circular Canal
• Cochlea
• Membranous Labyrinth

7 Bahagian utama pada Mata:

• Kornea
• Aqueous Humor
• Kanta
• Vitreous Humor
• Retina
• Sclera
• Iris

7 Bahagian utama pada Jantung:

• Ventrikal Kanan
• Ventrikal Kiri
• Atrium Kanan
• Atrium Kiri
• Tricuspid Valve
• Mitral Valve
• Septum

7 Lapisan pada Kulit:

• Stratum Corneum
• Stratum Lucidum
• Stratum Granulosum
• Prickle Cell layer
• Basar Cell Layer
• Corium
• Hair Follicle

7 Fungsi tubuh:

• Pernafasan (Respiration)
• Sirkulasi (Circulation)
• Penyerapan (Assimilation)
• Perkumuhan (Excretion)
• Reproduksi (Reproduction)
• Sistem Rasa (Sensation)
• Sistem Tindakan (Reaction)

Komposisi air dalam tubuhLebih 70% dari sistem tubuh adalah air. Bagi bayi, 97% (9+7=16, 1+6=7) adalah air manakala orang dewasa pula adalah 75%.

• Otak manusia 74.5%(7+4+5=16, 1+6=7) adalah cecair
• Darah manusia 83.5%(8+3+5=16, 1+6=7)) adalah cecair
• Ginjal manusia 82.6%(8+2+6=16, 1+6=7) adalah air
• Otot manusia; sekitar 70% adalah air
• Tulang manusia; sekitar 22.3%(2+2+3=7) adalah air.
• Malah gigi manusia; sekitar 2.5%(2+5=7) adalah air.

Seperti yang telah dijelaskan dalam fakta sebelumnya, komposisi air pada bumi adalah sekitar 70% iaitu sama jumlah komposisi air dalam tubuh manusia. Fakta ini membuktikan Bumi sebagai planet yang sesuai untuk kehidupan manusia. Malah lebih menarik, apabila sifat air diukur dengan ukuran pH bagi menentukan sifat asid atau alkali, pH7 (neutral) merupakan titik keseimbangan dua sifat tersebut.

:: RAHSIA SANG 7 ( SIRI 2 ) ::

7 HARI DALAM SEMINGGU

Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30.



Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:Bumi: 365 hari /12 bulan= 30 hari / 4 musim = 7.61 hariBulan: 29.53 hari / 4 bentuk bulan = 7.39 hari Nama-nama 7 hari dalam seminggu tersebut: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun adalah 52 minggu (5 + 2 = 7).

Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7) manakala AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7) manakala AL-SYAYATEEN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7)

:: RAHSIA SANG 7 ( SIRI 1 ) ::

Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30.



Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:

Bumi: 365 hari /12 bulan

= 30 hari / 4 musim
= 7.61 hari

Bulan: 29.53 hari / 4 bentuk bulan

= 7.39 hari

Nama-nama 7 hari dalam seminggu tersebut: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun adalah 52 minggu (5 + 2 = 7).

Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:

Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7)

manakala

AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).

Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7)

manakala

AL-SYAYATEEN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).

Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7)

:: HUJAN OH HUJAN ::

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan



Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. " (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. " (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Mutiara kata:
Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir..

::TANDA - TANDA ::

TANDA-TANDA SAKIT

Risalah ini bagus untuk anda semua.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang
lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-



1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2.HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3.BATUK

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4.KERONGKONG

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6.MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7.TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8.KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9.RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak
larut dalam air.

10.KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11.KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12.RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13.SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA

Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


06 May 2009

:: KAWAN : WAJAR ATAU PERLU ::

Seringkali kita medengar kisah tetang kawan, sahabat, teman dan perkataan-perkataan tersebut dikuatkan lagi dengan perkataan karib dan handai menjadikannya sesuatu yang istimewa dan berharga. Namun sejauh mana perkataan ini menguasai hidup seseorang. Maka timbullah persoalan demi persoalan dan dirumuskan kawan ini wajar atau perlu kepada diri seseorang?



Acap kali juga kita mendengar tentang frasa ‘kawan makan kawan’ , ‘kawan tikam belakang’ , ‘kawan tak sedar diuntung’ , ‘kacang lupakan kulit’ dan sebagainya yang didasari dengan perasaan tidak puas hati seseorang. Mengapakah keadaan seperti ini wujud? Sehinggakan sampai suatu saat, manusia itu kadang-kadang lebih hina dari anjing apabila setelah meludah segala macam perkataan kepada kawannya namun dijilatnya kembali demi kepentingan peribadinya.

Kita juga sering mendengar frasa atau ungkapan yang berbunyi ‘kawan ketika senang mudah dicari, kawan ketika susah kita hanya sendiri’ . Apakah makna di sebalik frasa ini? Mungkin ramai yang fikir perkara ini remeh untuk dipersoalkan , namun sebenarnya ini adalah perkara utama yang perlu diperbincangkan untuk mendapatkan jawapan yang muktabar.

Saya sering berkolaborasi bersama hamba – hamba Allah yang bertebaran di bumi fana ini untuk mendapatkan jawapan, namun masing-masing gagal memuaskan hati saya dengan jawapan mereka. Sepertinya ada kekurangan di sana sini. Setelah jauh berjalan mendapatkan jawapan, akhirnya saya telah berjumpa dengan hamba Allah yang digelar ‘mufti’ oleh sebilangan umat Muhammad.

Setelah berbincang panjang lebar dengannya tentang isu kawan yang hanya mengambil kesempatan ketika susah, dan bergembira bersama rakan lain ketika senang. Susah yang dimaksudkan adalah ketika hendak melakukan kerja dan sebagainya, namun apabila hendak keluar melakukan aktiviti, rakan yang membantunya ditinggalkan. Setelah banyak sesi soal jawab, kami pun membuat satu penaakulan mantik akhir.

Dialognya adalah seperti berikut :-

MUFTI : ko kene paham akhim, bagi aku kawan-kawan kat sini semuanya bukan kawan aku yang betul, yang aku anggap kawan aku yang betul bila diorang selalu dating rumah aku, yang rapat dengan aku, tapi terus terang aku cakap kat sini aku tak de yang bleh panggil kawan rapat la…

AKHIM : betul, tu aku paham, tapi ko kne paham gak, aku sunyi kat sini. Bukan aku taka de kawan, ramai, tapi aku taka de kawan untuk bersama-sama dengan aku time aku hepy n sedih. Bukan aku nak bebankan diorang dengan masalah aku, Cuma aku nak kawan yang boleh beraktiviti bersama-sama dengan aku.

MUFTI : macam nilah akhim, biarpun taka de sorang pon kawan kita kat sini, tapi cukuplah jika kita masih mempunyai keluarga.

AKHIM : aku tau yang tu, dan sebab keluarga akulah yang menguatkan semangat aku kat sini.

Namun begitu, hati kecilku tetap berkata, itu keluargaku di rumah, tapi aku juga perlukan keluarga di sini. Mungkin tak de yang faham perasaan sunyi aku ini…

Maka keputusan telah pun aku buat yang tak mungkin dapat diubah lagi, melainkan datangnya satu seru mengubah segla pendirianku……

:: RENUNGAN BERSAMA ::

1.Sebesar-besar surah di dalam Al-Quran ialah "Alhamdulillahi Rabbil A'lamin.

2.Fatihatul Kitab (Al-Fatihah) adalah sama dengan dua pertiga Al-Quran.

3.Kecelakaan keatas sesiapa yang membaca Al-Quran tetapi sebaliknya tidak memerhati
dan memikirkan maksud serta tujuannya.

4.Sesungguhnya orang yang paling utama diantara kamu ialah orang yang mempelajari
Al-Quran dan mengajarkannya.



5.Bacalah Al-Quran, kerana ia akan memberi syafa'at kepada orang yang membacanya.

6.Solat Dhuha berkhasiat mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran

7.Tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan tali silaturrahim.

8.Berdoalah kepada Allah dan yakin akan termakbul doa itu.

9.Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai dan main-main.

10.Mimpi seorang mukmin itu adalah sebahagian dari 40 bahagian kenabian.

11.Sesungguhnya Allah itu tunggal. Dia suka pada yang ganjil, maka kerjakanlah solat
witir wahai Ahlil Quran.

12.Jika fajar telah terbit, maka tidak ada solat kecuali dua rakaat yang ringan.

13.Solat dua rakaat sebelum solat subuh lebih baik ganjarannya daripada dunia dan
semua yang ada di dalamnya.

14.Siapa tetap mengerjakan empat rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah solat
zohor, Allah akan mengharamkannya dari api neraka.

15.Allah akan memberi rahmat kepada orang yang solat sunat empat rakaat sebelum
asar.

16.Di antara tiap-tiap azan dan iqamah ada solat sunatnya.

17.Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu, pangkat kamu, tetapi Dia
melihat hati kamu dan amal kamu.

18.Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya jika tidak hendaklah
kamu merasakan bahawa Allah melihat kamu.

19.Sesiapa yang lupa mengerjakan solat atau tertidur daripada mengerjakannya, maka
penebusnya hendaklah dia melakukannya apabila teringat akan solat yang tertinggal
itu.

20.Sesungguhnya yang membezakan antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dan kufur
ialah meninggalkan solat.

21.Tiada ertinya solat bagi orang yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid.
22.Janganlah kamu larang wanita-wanita ke masjid, tetapi rumah mereka adalah lebih
baik bagi mereka untuk beribadah.

23.Jika seseorang itu meninggal dunia dengan beriman, maka dia mati dengan keredhaan
Allah.

24.Sesiapa yang mempunyai rambut, maka hendaklah memuliakannya.

25.Allah melaknat kaum perempuan yang menyerupai kamu lelaki dan sebaliknya kaum
lelaki yang menyerupai kaum perempuan.

26.Allah melaknat orang yang memakai rambut palsu dan orang yang meminta dipakaikan
rambut palsu

27.Apabila anda masuk ke tempat tidur hendaklah baring, berwudhuklah sebagaimana
wudhuk untuk solat.

28.Apabila seseorang antara kamu telah bersetubuh dengan isterinya kemudian ingin
mengulangi semula, maka hendaklah dia berwudhuk.

29.Berwudhuklah kamu kerana makan makanan yang disentuh api.

30.Bersugi itu membersihkan mulut, mendapatkan keredhaan Ilahi dan mencerahkan mata.

31.Lakukanlah solat sebagaimana kamu lihat aku solat.

32.Orang yang telah bertaubat daripada dosa itu nescaya dirinya bersih seperti orang
yang tidak mempunyai dosa.

33.Akhlak buruk itu merosakkan amal sebagaimana cuka merosakkan madu.

34.Solat itu mi'raj bagi seorang mukmin.

35.Kebersihan itu sebahagian daripada iman.

36.Jika fajar telah terbit, maka tidak ada solat kecuali dua rakaat yang ringan.

37.Solat dua rakaat sebelum solat subuh lebih baik daripada dunia dan semua yang ada
di dalamnya.

38.Siapa tetap mengerjakan empat rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah solat
zohor, Allah akan mengharamkannya dari api neraka.

39.Allah akan memberi rahmat kepada orang yang solat sunat empat rakaat sebelum
asar.

40.Di antara tiap-tiap azan dan iqamah ada solat sunatnya.

41.Tidak akan kecewa bagi siapa yang beristikharah.

42.Tidak akan menyesal bagi siapa yang suka berunding.

43.Tidak akan kesempitan bagi siapa yang berjimat.

44.Siapa kekal mengerjakan solat Dhuha tiap hari, diampuni dosanya walaupun sebanyak
buih di laut.

45.Solat Dhuha berkhasiat mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran.

46.Islam dibina atas lima perkara: Menyembah Allah dan mengkafiri lainNya,
mendirikan solat, membayar zakat, haji ke Mekah dan Puasa Ramadhan.

47.Barangsiapa mati dalam keadaan dia yakin bahawa tidak ada Tuhan selain Allah,
maka dia masuk syurga.

48.Belum sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai bagi saudaranya atau bagi
jirannya, apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri.

49.Tidak akan dapat masuk syurga, orang yang tidak membuat jirannya merasa aman dari
perangainya yang tidak senonoh.

50.Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji
dia mungkir, apabila dipercayai ia khianati.

:: 15 MUSUH & 10 TEMANNYA IBLIS ::

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"

Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."

"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"

Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."



Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"

Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.

2. Imam dan pemimpin yang adil.

3. Orang kaya yang merendah diri.

4. Pedagang yang jujur dan amanah.

5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.

6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.

7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.

8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.

10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.

12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.

13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.

14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.

15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.


Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.

2. Orang kaya yang sombong.

3. Pedagang yang khianat.

4. Orang pemabuk/peminum arak.

5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.

6. Pemilik harta riba'.

7. Pemakan harta anak yatim.

8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.

9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.

10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah.

05 May 2009

:: TAHUKAH ANDA ::

# Lautan yang paling kecil ialah Lautan Artik. Keluasannya ialah kira-kira 13233 700 km persegi
dengan purata kedalaman 1 038 meter

# Lautan yang paling dalam di dunia ialah Juran Mariana, Lautan Pasifik. Kedalamannya ialah
10 924 m



1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh
utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.


2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000
perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel
itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi
sebanyak 9 kali


3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki
adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia
mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.


5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,


6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang
mati.


7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan
proses penghadaman.


8. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan


9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya
sepanjang 96,000 Km


10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas
9.2 meter persegi.


11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.


12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.


13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan



14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta
tahun lagi.


15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap
pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.


16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada
waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau
yang berbeza-beza.



17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.



18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu



19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah



20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk
dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan
anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

22 April 2009

:: YAHUDIKAH AKU INI ? ::

Sabda baginda Rasulullah SAW, "sesungguhnya rumah-rumah yang kotor itu adalah rumah orang Yahudi". Apa yang kita faham tentang sabda Baginda ini? Saya bukan hendak berbicara tentang rumah orang yahudi tetapi berbicara soal kebersihan dalam Islam. Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar sosiologi mengatakan bahawa tempat tidur (katil) yang berselerak / berserabut atau tidak kemas adalah keadaannya sama seperti fikiran tuannya yang berserabut/berselerak dan tidak kemas.

Selalunya bagi sesetengah individu, dia tidak mahu mengemas tempat tidur mereka atau malas untuk mengemas dan hanya biarkan sahaja begitu. Ini adalah salah, mungkin benar anda berasa malas untuk mengemas sebab malam nanti anda tidur di tempat yang sama, namun ada rahsia di sebalik katil yang tidak dikemaskan ini.

Apa rahsianya? Tahukah anda Jin (syaitan) cukup suka tinggal di tempat-tempat yang kotor. Mungkin bagi anda tempat anda bersih cuma tidak kemas, itu SALAH. Jin cukup suka tinggal di kawasan yang tidak kemas juga terutama di kawasan yang mempunyai kain kotor yang bersepah-sepah di bilik anda.

Apa yang anda patut lakukan adalah :

1) Kemas katil sebaik sahaja selepas bangun pagi, dalam keadaan ini anda tidak akan berasa
malas.
2) Kumpul semua baju kotor dan letakkan di dalam baldi bagi mengelakkan jin berumah di situ.
3) Sapu lah bilik anda sekurang-kurangnya 1 kali 1 minggu.

Dengan ini, insyAllah bilik anda akan sentiasa kemas dan bersih, kerana Islam amat menuntut kepada kebersihan. Jika anda membiarkan bilik anda kotor sentiasa, maka ianya sama seperti rumah orang yahudi. Adakah kita mahu bilik kita dijolokkan dengan nama rumah orang yahudi. Anda tentukan sendiri...

Sekian sahaja buat kali ini, jumpa lagi kemudian!
Assalamulaikum dan selamat beramal....