06 May 2009

:: RENUNGAN BERSAMA ::

1.Sebesar-besar surah di dalam Al-Quran ialah "Alhamdulillahi Rabbil A'lamin.

2.Fatihatul Kitab (Al-Fatihah) adalah sama dengan dua pertiga Al-Quran.

3.Kecelakaan keatas sesiapa yang membaca Al-Quran tetapi sebaliknya tidak memerhati
dan memikirkan maksud serta tujuannya.

4.Sesungguhnya orang yang paling utama diantara kamu ialah orang yang mempelajari
Al-Quran dan mengajarkannya.



5.Bacalah Al-Quran, kerana ia akan memberi syafa'at kepada orang yang membacanya.

6.Solat Dhuha berkhasiat mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran

7.Tidak akan masuk syurga sesiapa yang memutuskan tali silaturrahim.

8.Berdoalah kepada Allah dan yakin akan termakbul doa itu.

9.Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai dan main-main.

10.Mimpi seorang mukmin itu adalah sebahagian dari 40 bahagian kenabian.

11.Sesungguhnya Allah itu tunggal. Dia suka pada yang ganjil, maka kerjakanlah solat
witir wahai Ahlil Quran.

12.Jika fajar telah terbit, maka tidak ada solat kecuali dua rakaat yang ringan.

13.Solat dua rakaat sebelum solat subuh lebih baik ganjarannya daripada dunia dan
semua yang ada di dalamnya.

14.Siapa tetap mengerjakan empat rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah solat
zohor, Allah akan mengharamkannya dari api neraka.

15.Allah akan memberi rahmat kepada orang yang solat sunat empat rakaat sebelum
asar.

16.Di antara tiap-tiap azan dan iqamah ada solat sunatnya.

17.Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu, pangkat kamu, tetapi Dia
melihat hati kamu dan amal kamu.

18.Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya jika tidak hendaklah
kamu merasakan bahawa Allah melihat kamu.

19.Sesiapa yang lupa mengerjakan solat atau tertidur daripada mengerjakannya, maka
penebusnya hendaklah dia melakukannya apabila teringat akan solat yang tertinggal
itu.

20.Sesungguhnya yang membezakan antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dan kufur
ialah meninggalkan solat.

21.Tiada ertinya solat bagi orang yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid.
22.Janganlah kamu larang wanita-wanita ke masjid, tetapi rumah mereka adalah lebih
baik bagi mereka untuk beribadah.

23.Jika seseorang itu meninggal dunia dengan beriman, maka dia mati dengan keredhaan
Allah.

24.Sesiapa yang mempunyai rambut, maka hendaklah memuliakannya.

25.Allah melaknat kaum perempuan yang menyerupai kamu lelaki dan sebaliknya kaum
lelaki yang menyerupai kaum perempuan.

26.Allah melaknat orang yang memakai rambut palsu dan orang yang meminta dipakaikan
rambut palsu

27.Apabila anda masuk ke tempat tidur hendaklah baring, berwudhuklah sebagaimana
wudhuk untuk solat.

28.Apabila seseorang antara kamu telah bersetubuh dengan isterinya kemudian ingin
mengulangi semula, maka hendaklah dia berwudhuk.

29.Berwudhuklah kamu kerana makan makanan yang disentuh api.

30.Bersugi itu membersihkan mulut, mendapatkan keredhaan Ilahi dan mencerahkan mata.

31.Lakukanlah solat sebagaimana kamu lihat aku solat.

32.Orang yang telah bertaubat daripada dosa itu nescaya dirinya bersih seperti orang
yang tidak mempunyai dosa.

33.Akhlak buruk itu merosakkan amal sebagaimana cuka merosakkan madu.

34.Solat itu mi'raj bagi seorang mukmin.

35.Kebersihan itu sebahagian daripada iman.

36.Jika fajar telah terbit, maka tidak ada solat kecuali dua rakaat yang ringan.

37.Solat dua rakaat sebelum solat subuh lebih baik daripada dunia dan semua yang ada
di dalamnya.

38.Siapa tetap mengerjakan empat rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah solat
zohor, Allah akan mengharamkannya dari api neraka.

39.Allah akan memberi rahmat kepada orang yang solat sunat empat rakaat sebelum
asar.

40.Di antara tiap-tiap azan dan iqamah ada solat sunatnya.

41.Tidak akan kecewa bagi siapa yang beristikharah.

42.Tidak akan menyesal bagi siapa yang suka berunding.

43.Tidak akan kesempitan bagi siapa yang berjimat.

44.Siapa kekal mengerjakan solat Dhuha tiap hari, diampuni dosanya walaupun sebanyak
buih di laut.

45.Solat Dhuha berkhasiat mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran.

46.Islam dibina atas lima perkara: Menyembah Allah dan mengkafiri lainNya,
mendirikan solat, membayar zakat, haji ke Mekah dan Puasa Ramadhan.

47.Barangsiapa mati dalam keadaan dia yakin bahawa tidak ada Tuhan selain Allah,
maka dia masuk syurga.

48.Belum sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai bagi saudaranya atau bagi
jirannya, apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri.

49.Tidak akan dapat masuk syurga, orang yang tidak membuat jirannya merasa aman dari
perangainya yang tidak senonoh.

50.Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji
dia mungkir, apabila dipercayai ia khianati.

No comments:

Post a Comment