14 May 2009

:: RAHSIA SANG 7 ( SIRI 1 ) ::

Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30.



Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:

Bumi: 365 hari /12 bulan

= 30 hari / 4 musim
= 7.61 hari

Bulan: 29.53 hari / 4 bentuk bulan

= 7.39 hari

Nama-nama 7 hari dalam seminggu tersebut: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun adalah 52 minggu (5 + 2 = 7).

Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:

Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7)

manakala

AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).

Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7)

manakala

AL-SYAYATEEN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).

Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7)

No comments:

Post a Comment