06 May 2009

:: KAWAN : WAJAR ATAU PERLU ::

Seringkali kita medengar kisah tetang kawan, sahabat, teman dan perkataan-perkataan tersebut dikuatkan lagi dengan perkataan karib dan handai menjadikannya sesuatu yang istimewa dan berharga. Namun sejauh mana perkataan ini menguasai hidup seseorang. Maka timbullah persoalan demi persoalan dan dirumuskan kawan ini wajar atau perlu kepada diri seseorang?



Acap kali juga kita mendengar tentang frasa ‘kawan makan kawan’ , ‘kawan tikam belakang’ , ‘kawan tak sedar diuntung’ , ‘kacang lupakan kulit’ dan sebagainya yang didasari dengan perasaan tidak puas hati seseorang. Mengapakah keadaan seperti ini wujud? Sehinggakan sampai suatu saat, manusia itu kadang-kadang lebih hina dari anjing apabila setelah meludah segala macam perkataan kepada kawannya namun dijilatnya kembali demi kepentingan peribadinya.

Kita juga sering mendengar frasa atau ungkapan yang berbunyi ‘kawan ketika senang mudah dicari, kawan ketika susah kita hanya sendiri’ . Apakah makna di sebalik frasa ini? Mungkin ramai yang fikir perkara ini remeh untuk dipersoalkan , namun sebenarnya ini adalah perkara utama yang perlu diperbincangkan untuk mendapatkan jawapan yang muktabar.

Saya sering berkolaborasi bersama hamba – hamba Allah yang bertebaran di bumi fana ini untuk mendapatkan jawapan, namun masing-masing gagal memuaskan hati saya dengan jawapan mereka. Sepertinya ada kekurangan di sana sini. Setelah jauh berjalan mendapatkan jawapan, akhirnya saya telah berjumpa dengan hamba Allah yang digelar ‘mufti’ oleh sebilangan umat Muhammad.

Setelah berbincang panjang lebar dengannya tentang isu kawan yang hanya mengambil kesempatan ketika susah, dan bergembira bersama rakan lain ketika senang. Susah yang dimaksudkan adalah ketika hendak melakukan kerja dan sebagainya, namun apabila hendak keluar melakukan aktiviti, rakan yang membantunya ditinggalkan. Setelah banyak sesi soal jawab, kami pun membuat satu penaakulan mantik akhir.

Dialognya adalah seperti berikut :-

MUFTI : ko kene paham akhim, bagi aku kawan-kawan kat sini semuanya bukan kawan aku yang betul, yang aku anggap kawan aku yang betul bila diorang selalu dating rumah aku, yang rapat dengan aku, tapi terus terang aku cakap kat sini aku tak de yang bleh panggil kawan rapat la…

AKHIM : betul, tu aku paham, tapi ko kne paham gak, aku sunyi kat sini. Bukan aku taka de kawan, ramai, tapi aku taka de kawan untuk bersama-sama dengan aku time aku hepy n sedih. Bukan aku nak bebankan diorang dengan masalah aku, Cuma aku nak kawan yang boleh beraktiviti bersama-sama dengan aku.

MUFTI : macam nilah akhim, biarpun taka de sorang pon kawan kita kat sini, tapi cukuplah jika kita masih mempunyai keluarga.

AKHIM : aku tau yang tu, dan sebab keluarga akulah yang menguatkan semangat aku kat sini.

Namun begitu, hati kecilku tetap berkata, itu keluargaku di rumah, tapi aku juga perlukan keluarga di sini. Mungkin tak de yang faham perasaan sunyi aku ini…

Maka keputusan telah pun aku buat yang tak mungkin dapat diubah lagi, melainkan datangnya satu seru mengubah segla pendirianku……

1 comment:

  1. kawan apa yg kau sesal kan..
    kerna tuhan kau kehilangan kawan
    kerna kebenaran dihina
    jangan kau ragu dalam kebenaran

    ReplyDelete