06 March 2009

:: CETUSAN MINDA SANTAPAN ROHANI ::

Ibarat menatap diri di cermin
Melihat yang zahir bukan yang batin
Apa yang terlihat hanya menjalin
Antara sifat dan zat yang telah di alin

Bersuluk berkhalwat membuka rahsia
Di sebalik rahsia ada rahsia
Siapakah aku insan berdosa
Mencari jalan mengenali yang Esa



Kenalilah dirimu rata-rata
Sebelum kau mengenali Tuhan yang nyata
Di sebalik dirimu adalah rahsia
Di situlah duduk ke menanti hidayahNya

Aku menyepi tiada yang mencari
Hijab menutup Latifatulqalbi
Sekiranya dikau mahu mengenali diri
Bukalah lembaran halaman ku ini.

Meniti usia membongkar rahsia
Mencari Dia entah di mana
Bagaimanakah akan aku bermula
Mencari arah tuju dalam dunia

Di sebalik setiap yang fana' ini
Tersembunyi utusan pesanan nabi
Kupaslah dikau dengan teliti
Di situ letaknya rahsia diri

Jika Syariat yang dianuti
Tiada akan lengkap perjalanan mu nanti
Rahasia Tarikat sedang menanti
Ikutlah jalan para ahli sufi

Peningkatan dari perjalanan nanti
Menghala ke Hakikat memapar diri
Di situlah letaknya Kemakrifatan abadi
Rahsia Sifat dan Zat Ilahi

Termaktub sudah pesanan Nabi
Kepada semua yang mencari
Fahamkanlah dikau istilah ini
Kerna di sini akan dikau mulai nanti

"Syariat itu perbuatan Ku
Tarikat itu perjalanan Ku
Hakikat itu pakaian Ku
Ma'rifat itu rahsia Ku"

Ihsan : Pendekar Sudin Adnan

No comments:

Post a Comment