05 March 2009

:: EMPAT ILMU DI DALAM ISLAM ::

Adakah cukup sekadar berpakaian seperti orang Islam? Adakah cukup dengan mengamalkan Rukun Islam dan Rukun Iman? Mungkin bagi anda itu sudah mencukupi.... namun bukan semudah ini!

Tahukah anda ilmu di dalam Islam terbahagi kepada empat? Apa ilmu itu?



1) Syariat
2) Tarikat
3) Hakikat
4) Makrifat

Benar... mungkin anda tahu tentang ini, namun sejauh mana pengamalan anda terhadapt empat ilmu Islam ini?

Biar saya jelaskan, apa itu ilmu syariat. Ilmu Syariat ini adalah ilmu hukum hakam. Apa itu ilmu hukum hakam? Ilmu hukum hakam ini adalah di mana kita perlu hidup di dunia ini berlandaskan kepada peraturan dunia, tidak boleh berbuat jahat dan sebagainya tanpa melanggar norma-norma dan nilai dalam Islam. Jika di Malaysia ilmu syariat ini adalah daripada Imam Syafie. Namun, sejauh mana pengamalan anda terhadap Ilmu syariat ini? Anda tentukan sendiri.

Penjelasan bagi ilmu tarikat. Tarikat itu sendiri membawa pengertian kepada 'jalan'. Namun jalan yang bagaimana? Sebagai orang Islam kita perlu untuk mengikuti jalan Tasawwuf, dimana mengamalkan amar makruf nahi mungkar berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi. Di sini kebiasaannya kita akan mendengar perkataan 'tabliqh' atau 'tarbiyah' . Mereka ini yang mengamalkan ilmu tarikat.

Apa itu pula ilmu hakikat? Hakikat di sini bermaksud mengetahui segala perkara sebenar dalam Islam melalui pengkajian yang mendalam dari al-Quran. Mengkaji segala Qiyas Allah SWT. Mengetahui hakikat sebenar kejadian Insan dan alam ini. Mengenal apa itu alam Allah dan sebagainya. Pada masa ini, antara ilmu Syariat dan Ilmu Tarikat, Hakikat merupakan jalan yang paling hampir mengenal Allah.

Mesti anda tertanya-tanya apa itu Ilmu Makrifat. Makrifat adalah sebenar-benar ilmu dalam segala ilmu yang wujud di dunia ini. Di mana makrifat ini bermaksud 'mengenal.' Mengenal siapa? Mengenal Allah SWT. Mengapa kita perlu mengenal Allah? Di dalam Islam sendiri mengatakan " Awaludin makrifatullah" - Awal agama mengenal Allah. Tentu anda pernah mendengar firman Allah yang bermaksud " barangsiapa yang mengenaliku, maka dia mengenal dirinya dan barangsiapa yang mengenal dirinya dia akan mengenaliku"

Untuk menjadi Islam yang sejati, keempat-empat ilmu ini perlu untuk kita fahami dan dalami. Tidak cukup sekadar mengetahui ilmu syariat dan tarikat. Sesungguhnya Hakikat itu membawa kepada Makrifat. Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa pada akhir zaman terdapat 77 jalan untuk sampai kepada Allah SWT, namun pilihan di tangan anda untuk memilih jalan yang mana... Anda yang tentukan.

Sekian dahulu... Jumpa lagi kemudian!
Assalamualaikum dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment