05 March 2009

:: SEMUANYA ADALAH BETUL ::

Izinkan saya mencelah dalam berbicara bab ilmu ini. Masalah Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat adalah bidang-bidang atau cabang-cabang ilmu yang sangat khusus dan sangat berbeza dari segi pendekatannya dan sumber perantara ilmu ini.

Pertelingkahan antara ulama Hakikat dan ulama Syariat telah berlaku sejak dahulu lagi. Mereka sebenarnya adalah 'betul' dalam bidang masing-masing. Sebagaimana yang berlaku antara Nabi Musa A.S dan Nabi Khidir A.S. Nabi Musa walaupun seorang Nabi, beliau tidak mempunyai ilmu Makrifat, maka beliau menghukum sesuatu kejadian berdasarkan ilmu Syariat yang beliau tahu. Nabi Khidir pula dikurniakan Allah ilmu Makrifat, maka beliau menghukum sesuatu itu berdasarkan ilmunya.



Semasa dalam perjalanan Nabi Musa bersama-sama dengan Nabi Khidir, Nabi Khidir telah membunuh seorang anak kecil, menegakkan kembali dinding yang hampir roboh, dan merosakkan sedikit sampan yang beliau tumpangi. Perbuatan ini amat bersalahan dengan Syariat Nabi Musa. Kerana tidak sabar, Nabi Musa menegur perbuatan Nabi Khidir. Dengan itu mereka terpaksa berpisah sebagaimana perjanjian yang telah dibuat sebelum memulakan perjalanan.

Nabi Khidir berbuat demikian kerana pada pandangan Makrifatnya, anak kecil itu mesti dibunuh kerana ia bakal menjadi anak yang jahat, sedangkan ibu bapanya adalah orang yang soleh. Dibawah dinding yang hampir roboh itu terdapat harta anak yatim yang belum dewasa dan dalam perjalanan dengan kapal, Nabi Khidir merosakkan sedikit sampan yang beliau tumpangi supaya tidak dirampas oleh Raja yang zalim di pelabuhan yang mereka akan singgah keranan raja ini akan merampas kapal-kapal yang baik.

Dalam hal ini Nabi Musa betul dengan ilmunya, begitu juga dengan Nabi Khidir yang juga betul dengan ilmunya. Sumber hukum untuk masyarakat umum dalam Islam mestilah berlandaskan Syariat. Ini adalah untuk menjadikan hukum Islam bersistematik sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Sekian dahulu... jumpa lagi kemudian.
Assalamualaikum dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment