03 March 2009

:: SUSUK...??? ::

Saya percaya dengan sepenuh hati bahawa perkataan 'susuk' ini merupakan satu perkataan yang tidak asing bagi masyarakat di Malaysia terutamanya masyarakat melayu. Ramai di antara kita yang pernah dengar tentang susuk namun sejauh mana anda mengenalinya....???

Disini saya akan berikan beberapa penjelasan tentang susuk. Pada asalnya, susuk ini telah lama digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, susuk sangat popular digunakan di tanah Jawa dan sering dipakai oleh golongan pendekar untuk kekuatan , perubatan dan kekebalan. Susuk juga digunakan oleh wanita pada zaman dahulu untuk mengekalkan kecantikannya.



Namun sejauh mana yang kita tahu tentang susuk, biar saya jelaskan antara rahsia susuk yang orang tiidak tahu, susuk ini sebenarnya hanya merupakan alat atau medium serta perantara antara pelaku susuk dan pemakai susuk. Apa sebenarnya yang memberikan kekebalan, kecantikan dan kekuatan itu bukan terletak pada susuk emas, perak, dan berlian tetapi asma', mantera atau jampi yang diletakkan dalam susuk itu yang memberi segala jenis kecantikan, kekuatan dan sebagainya.

Namun malangnya pada masa kini, susuk digunakan sebagai alat untuk kejahatan semata-mata, untuk pemikat, pemanis, dan sebagainya. ianya bukan sahaja popular di kalangan artis-artis tetapi juga penggunaannya sudah meluas bagi mengejar nikmat dunia semata-mata.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa hukum memakai susuk, bagi penggunaan susuk asma', ianya menggunakan ayat al-Quran, bagi jampi dan mantera pula menggunakan khidmat jin dan sebagainya. namun bagi sesetengah orang menganggap memakai susuk ini adalah haram... sebenarnya memakai susuk adalah jatuh kepada hukum 'harus', tetapi hukum harus ini adalah untuk bagi mereka yang benar-benar memerlukan bagi tujuan kebaikan. misalnya memakai susuk bagi penyakit yang gagal diubati. Bagi kes ini, hukumnya adalah jatuh kepada HARUS. bagi yang tiadak mempunyai sebab atau keperluan yang mendesak ke arah kebaikan dan gagal mencari ikhtiar tetapi masih ingin menggunakan susuk. Hukumnya HARAM!

Dan tahukah anda susuk juga boleh diletakkan dimana sahaja yang anda suka, saya sendiri pernah mengalami pengalaman melihat proses pemakaian susuk ini, susuk boleh diletakkan pada kenderaan sebagai keselamatan, dalam tubuh sebagai kecantikan, dalam dagu sebagai pemanis bicara, pada leher sebagai suara merdu, dalam lutut sebagai penguat kaki berjalan jauh. Pada pinggang sebagai penguat tulang. Pada kiri dan kanan bulu kening sebagai penguat minda. Dan banyak lagi tempat-tempat yang selalu diletakkan mengikut keinginan masing-masing.

Dan susuk juga banyak pantangnya, ada sesetengah susuk tidak boleh makan keladi, ada yang tidak boleh lalu bawah ampaian, ada yang tidak boleh makan pisang emas, ada yang tidak boleh makan jantung pisang dan macam-macam lagi. Selagi susuk itu ada pantangnya, bermakna susuk itu ada kesan buruknya dan kemungkinan besar khidmat jin digunakan dalam susuk itu.....

Banyak lagi yang hendak diceritakan tentang susuk, tapi mungkin lain kali ada sambungannya....
jumpa lagi, Assalamualaikum dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment