24 July 2009

:: ILMU IKHLAS ::

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"



Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"

"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

:: AIRMATA IBU ::

AIRMATA IBU
By Datuk Siti Nurhaliza

Hari ini setelah sekian lama, saya berusaha mencari posting yang sesuai untuk diletakkan di dalam ruangan tersirat dalam lunak. Dan Alhamdulillah akhirnya atas beberapa sebab, perkara dan timbang tara kes saya mengambil keputusan menyediakan lirik lagu ini buat tatapan umum.


Mari kita singkap, mari kita ungkap apa hijab perjuangan lagu ini. Kebiasaannya, tidak siapa pun suka mengkaji serta memahami maksud sebenar lagu yang mereka dengar atau nyanyikan, penulis lirik bukan saja- saja menulis lirik lagu, tetapi ada maksud yang tersirat sebenarnya.

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Pernahkah kita sebagai seorang anak mengetahui setiap yang bermain di hati dan fikiran ibu kita? Tentunya tidak, bukan semua anak mengenali sebenar-benar perangai ibu mereka, tetapi semua ibu sangat mengenali perangai anak mereka. Dari dahulu sehingga kini, terlalu banyak rahsia yang ibu simpan. Segala susah payahnya pernahkah kita merasa? Walaupun hari ini bukan hari ibu tetapi perkara yang sepatutnya adalah hari-hari adalah hari ibu.

( korus )

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Hari ini kita masih tak mampu duga apa yang bermain dalam fikiran ibu kita. Saya bertanya kepada anda semua, pernahkah anda merenung betul-betul tepat kea rah mata ibu anda? Sekiranya pernah, apa yang anda lihat? Di dalam anak mata itu terkandung seribu satu rahsia seorang ibu dari anaknya dan semua rahsia itu adalah demi kebaikan anaknya.

( bridge )

Namun kupercaya Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda... Duhai ibu

Ikatan kasih sayang antara seorang ibu dan anak-anaknya tak pernah lekang dek hujan dan panas. Tapi berapa banyak kita sayang pada ibu kita berbanding sayang ibu pada kita? Satu lagi pertanyaan, pernahkah anda semua memeluk dan mencium ibu anda serta memohon ampun maaf, halal makan minum? Mungkin pernah dan mungkin jawapannya adalah ya.. iaitu pada hari raya… kan?? Hari ini kepada yang belum pernah melakukan seperti itu lakukanlah ia setiap masa… restu ibu membawa redha Allah, dan sesungguhnya doa ibu mengatasi doa Rasulullah S.A.W.. Syurga itu sememangnya di bawah telapak kaki ibu. Saya juga seperti anda semua, masih gagl mengerti hati seorang ibu.

Mari saya ceritakan perihal ibu saya…. sekadar untuk perhatian.

Dari kecil lagi, ibu saya sudah biasa dengan kehidupan susah… maklumlah, kehidupan kampong di zaman dahulu mana-mana hidup sekadar kais [agi makan pagi, kais petang makan petang. Setelah berumur 18 tahun, ibu telah dijodohkan dengan ayah yang beza umurnya lebih dari 10 tahun. Tapi itu bukan persoalan kerana jodoh itu kan ditentukan Allah.

Setelah berkahwin, ibu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu abang saya, Haizullah Ahmad (along). Pada masa itu ayah seorang pekerja kilang kelapa sawit pada waktu siang, malamnya dihabiskan di masjid kerana ayah imam keempat. Sebagai imam keempat, Alhamdulillah ayah mendapat sedikit ‘elaun’ dari jabatan agama islam sekurang-kurangnya dapat menampung pendapatan keluarga.. ayah memang seorang yang suka belajar ilmu agama, sanggup naik basikal jauh-jauh semata-mata menuntut ilmu agama dari seorang ustaz kepada ustaz yang lainnya.

Setelah 4 tahun, Alhamdulillah ibu mengandung sekali lagi, ayah selalu cakap pada ibu, “mah, abang tak sabar nak tengok anak kita ni lahir, laki ke perempuan ye? ” hamper setiap hari ayah menyebut perkara yang sama berulang-ulang. Ye la, mana ada ibu bapa yang tak saying anak mereka, lebih-lebih lagi apabila di saat menimang cahaya mata. Tentulah sesuatu yang menggebirakan.

Ibu dah mengandung selama 7 bulan, tinggal 2 bulan saja lagi. Mesti dah tak sabar dan persiapan mesti sudah disediakan. Tetapi, rupanya Allah ada rancangan yang lebih baik untuk IBU! Pada suatu hari ayah memberitahu nenek bahawa dia ada jamuan di rumah kawannya, ibu tak boleh ikut kerana sarat mengandung, nenek berkeras hendak ikut kerana rasa tak sedap hati, tetapi ayah tak benarkan.

Selepas pulang dari jamuan itu, tiba-tiba ayah sakit, demam dan tak lalu makan. Semakin hari semakin kurus. Pada suatu malam, ibu tidur bersama ayah di bilik, keadaan ayah nampak biasa. Seperti kebiasaan ayah suka tidur seperti orang yang sedang solat (Qiam). Setelah berlalu malam, subuh menjelang dan ibu mengejutkan ayah untuk bersiap solat subuh dan bekerja.

Semasa ibu memegang ayah, tangan ayah sejuk, muka pucat sangat. Ibu dah panic, panggil beberapa kali tapi ayah tak menyahut, tak bergerak walau seinci, tiada satu pergerakan seperti manusia sudah pergi menghadap ilahi. Rupanya BENAR… ayah sudah pergi di saat ibu mengandung 7 bulan.. ibu terus pengsan dan di bawa ke hospital.

15 orang anak nenek pulang ke kampong menguruskan jenazah ayah. Setelah memandikan dan mengkafan terus dikuburkan. Alhamdulillah semua urusan lancar. Tapi saying, ibu masih di hospital, petangnya ibu pulang dan dikhabarkan ayah sudah dikuburkan, ibu terkilan tak dapat menatap ayah buat kali terakhir! Ibu pengsan sekali lagi.

Kehidupan ibu kembali seperti biasa, hidup sebagai seorang balu. Setelah menjangkau 9 bulan, ibu pun melahirkan cahaya matanya yang kedua. Oleh kerana anak ini tiada berbapa, mak cik saya mencadangkan ibu untuk mengambil anak itu sebgai anak angkat kerana mak cik tidak dikurniakan seorang anak walaupun sudah lama berkahwin, mak cik ingin membeli cahaya mata itu dengan harga RM2000 tetapi ibu berkeras menolak, ye lah, ibu mana yang tak sayang anaknya. Walaupun sudah kehilangan suami, takkan kehilangan anak pula.



Ibu kembali duduk di rumah mak ibu (nenek sebelah ibu). Anak kedua ibu dijaga oleh nenek, ibu pula terpaksa bekerja kilang di ipoh, seminggu sekali baru ibu balik menjenguk anaknya, setiap bulan ibu mengirim duit pada nenek untuk membeli susu dan barangan keperluan bayi.

Along pun terpaksa disekolahkan di sekolah kampong, tetapi along duduk rumah mak ayah (nenek sebelah ayah) tapi, tak jadi masalah kerana rumah ayah dan ibu adalah bersebelahan, biasalah rumah kampong kan.. cahaya mata itu membesar dengan jagaan neneknya, setelah berumur tiga tahun, bayi itu sudah besar dan yang melucukan neneknya juga dipanggil ibu kerana terlalu lama tinggal bersama dan kasih sayang seorang nenek setaraf sayang seorang ibu. Ini bermakna bayi itu mempunyai dua ibu sekarang. Cuma tiada kasih sayang seorang bapa.

Rupanya, sekali lagi Allah merancang sesuatu untuk ibu, ibu dilamar ayah yang baru (adik kepada arwah ayah) beza umur 4 tahun je.. ibu menerima dan Alhamdulillah, along dan adiknya tinggal bersama-sama. Setelah berkahwin, ibu dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Iskhandar Ahmad.

Beza umurnya juga 4 tahun , selepas 4 tahun sekali lagi ibu mendapat cahaya mata dan kali ini seorang perempuan dinamakan Nur Nabilah. Kehidupan ibu sekeluarga bertambah baik dari tahun ke tahun, walaupun ayah bukan seorang yang bergaji besar tetapi Alhamdulillah semua mencukupi untuk anak-anaknya.. dan tidak pernah ada diskriminasi antara anak arwah ayah dengan anak ayah.

Tetapi, hari ini, saat ini, ibu sakit! Da banyak kali berubat, dah macam-macam ubat, duit habis jangan dikira janji sembuh, tapi mana ubatnya..??? siapa yang boleh sembuhkan, ya.. saya tahu hanya ALLAH yang boleh sembuhkan…. Tapi bila? Ibu sakit, menderita, makan sikit terus muntah, badan semakin kurus, malam tak boleh tidur asyik batuk pastu muntah buih-bih.

Sakit dibuat orang ke? Sakit doctor ke? Check doctor, doctor kata tak tahu, chek perubatan tradisional tak sihat-sihat pon.. cukuplah derita ibu, nak ni da tak sanggup melihat ibu macam tu… memang ibu slalu cakap ibu sihat, tak pape, kamu tak payah risau, ibu suka makin kurus, baju lama bole pakai, tapi angah tahu mak, mak tipu angah je selama ni, mak sakit, biar angah habis ribu-ribu pon tapi janji mak sihat.

Mak selalu cakap kat angah, masa arwah ayah solat kat bilik, bilik bau wangi, macam ada orang solat sama-sama dengan ayah,setiap malam jumaat ayah buat tahlil dan baca yasin, suka solat malam. ayah baik, semua orang hormat, tapi ayah da pergi, tak kan mak pun nak pergi tinggalkan angah.. angah cuba jadi macam ayah, ayah cuba mak, tapi angah selalu gagal…

Tapi mak percayalah, angah sanggup buat apa je untuk mak, asalkan mak sihat, biar angah tak makan janji mak makan, biar anagh yang sakit janji mak sihat. Ya Allah kalu boleh pindahkanlah sakit ibuku padaku, biar aku tanggung apa yang ibuku tanggung. Dah banyak yang ibu lalui sepanjang hidupnya… anak yang sorang ini tak sanggup tengok ibu terus macam tu…

Ya Allah berilah petunjuk di mana penawar untuk penyakit yang kau turunkan itu…

23 July 2009

:: PENGISIAN SEPANJANG REHATKU (2) ::

Assalamualaikum buat kalian semua…

Hurm…. Maaf mengambil masa yang lama dalam memperbetul diri sdr sehingga terpaksa bangkit dari titian yang menyesatkan…!!! Setelah lama mata pena ini tidak digunakan, akibatnya berkaratlah ia, dakwatnya sudah kering dimamah usia. Ibarat hati manusia yang berkarat apabila tidak diguna dan keringnya kalbu akibat tidak disirami dakwat yang berguna.



Tapi sebelum kalam bermadah panjang… sambungan kepada pengisian sepanjang rehatku harus diteruskan. Apabila janji telah terpatri ibarat camar pulang setia pada janji. Jangan pernah mungkiri hati.. maka dengan ini cerita itu perlu ku sambung tapi diringkaskan supaya tidak tertimbulnya fitnah..

Selepas seminggu, alhamdullillah adeq kembali seperti sediakala, terlintas di hati apabila melihat mak dan abah susah hati dan sungguh2 cari ubat untuk adeq. Talifon hampir 10 mint sekali.. berbalik kepada kisah nurse praktikal tuh.. diorg semua baik2 n ok la.. lagipun sem ni sem last diorg so, masa kne observe diorg wat sungguh2..
De sorg tu..

Nampak cam sombong sagt2..nurse praktikal je pon.. so dia cakp la dgn bangganya, dia da nak grad da.. pastu ckp dgn dia..

Ijazah ke?
Tak diploma..

Owh diploma, saya ijazah tahun pertama je..
Trus dia diam n malu sowg2..
Tu la sombong sgt!..

Falsafahnya di sini.. janganlah kita sombong dengan sesama manusia..

20 June 2009

:: PENGISIAN SEPANJANG REHATKU (1) ::

Seperti yang telah saya ceritakan dalam tinta yang lepas bahawa terdapat pelbagai kejadian berlaku sepanjang cuti 3 minggu ni… so cerita yang paling tak dapat dilupakan tyme adeq masuk hospital sebab syak denggi… so kne la story sket kisah-kisah sebelum, semasa dan selepas kene denggi nih..



Macam nih citenya, tyme tu ari rabu, setelah menerima tawaran bekerja sebagai ‘eksekutif’ mencabut rumput duri semalu di UniKL Perak. Saya dan adeq dengan segala kelengkapan bergegas ke tempat kerja… menurut ‘penduduk-penduduk’ yang telah menerima tawaran tersebut berkata kerja tu mudah je, Cuma cabut rumput tu kat padang bola, padang hoki dan padang rugby.

Sesampai di tempat kejadian, pak lurah (bos) memberi arahan suh saya, adeq dan peus (bukan nama sebenar) diarahkan supaya mengirek dan membersihkan longkang… adoii.. kata cabut rumput semalu, nape plak kene korek n cuci longkang… hurm, nak wat cane pekerja baru, buat je la keje tuh… time table keje dia camni, masuk kol 8 pg – 11 pg, 11.30 – 12.30, 1.30 – 3.30, 4.30-5.30…. so ade gap rehat-rehat kejap la… tapai dok kat tengah-tengah panas terik korek n cuci longkang penat ooo… ckp guna mulot senang la… buat tengok..!!!

Sampai kol 5. 30, saya cakap dengan adeq jom r balek… dia kate pe tau.. ala relax r ngah, balik kol 7 dapat gaji RM50… kita ni da r penat, tpi adeq yg berumur f0rm 4 punya pasala x kesah r… KU TERUSKAN JUA… sampai kol 7 tetipa dia cakap, ngah mcm nak pengsan.. adoi, trus start moto p klinik depan taman KLINIK YEE namenyer ( promote nih.. dpt potongan 10%) tetibe jek ade tumbuh ruam satu badan kat adeq… adoi doctor kate demam tinggi tahap dewa tapi dia pon bg ubat antibiotic dr jerman nyer.. seyes dr jermen bukan tipu nih…

Esoknya kol 4 pg tengah tdo sedap2… GEDEBUKKK…!!! Adoi.. spe plak wat bisng tgh pagi buta nih… kuar r dari bilik… tgk2 adeq jatuh dalam tandas… satu badan basah… adoi… papah dia ke ruang tamu… tgk2 baru jalan sket da pengsan… trus bwk p HOSPITAL MANJUNG ( ni bukan promote sebab kes denggi tak payah bayar free je kerajaan tanggung ) trus nurse bg masuk air dalam badan dan ditahan selaqma seminggu…

Parent cari- cari gak calon tuk jaga adeq, bkn nak volunteers… tp dah mg x de calon n peserta.. so… on jek… dok la seminggu dalam tu… hurm sampai sini dulu… sambungannyer nanti citer pasal nurse praktikal lak… tunggu best oo…


:: KEMBALI KEPADA LANDASAN ::

Hampir sebulan diri ini menyepi keseorangan tanpa memberikan sebarang pengisian.. .. sebab itu ramai yang berkata bukan mudah untuk mendapatkan KEMERDEKAAN tetapi ‘mengisi’ kemerdekaan itu lebih susah berlipat kali gandanya.. hurm.. bukan nak bercerita tentang kemerdekaan tetapi saja nak berkongsi betapa susahnya mengisi blog nih dengan sesuatu artikel atau penulisan.



Mungkin ramai yang berkata ianya mudah sekadar menaip.. tetapi ianya lebih dari menaip kerana pada satu – satu masa kita perlu memerah otak sambil meluah perasaan ketika perlu. Setelah selesai peperiksaan selama 2 minggu.. adoii penatnyer…

Bercuti selama 3 minggu pula terasa begitu lama, mana taknya… umah tak de internet, ( wayar internet tertinggal kat asrama )… huh!! Hurm.. so, cuti terasa boring, nak berjalan duit da habis, nak shopping pon dapat window shopping je la… nak besarkan badan 3 mingu pon tak besar-besar gak even da makan banyak-banyak… ade gak rase nak keje, tp bru je keje shari tetibe lak adeq sakit kne denggi masuk hospital… adoiii.. kne r jaga adeq dalam tu.. so jadila dapat keje shari jek.. t upon gaji RM50 BEB!!!! LUMAYAN tuh….!!!

Jadi hari ni semester baru sudah bermula… maka semakin banyak la konfrensi serta kontroversi yang melanda kali nih… cerita-cerita baru yang HOTT dan PANASSS pasti dikongsi bersama bukan untuk mengumpat atau mengata sekadar renungan bersama….

Jadi kepada pembaca-pembaca setia… jangan khuatir dan berduka lara, nanti ada masa kita berjumpa semula, banyak yang berlaku semasa cuti ingin dikongsi bersama… hik hik..


17 May 2009

:: BILA DIRI DISAYANGI ::

Bila Diri Di Sayangi
by Ukays

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu



Sejak zaman berzaman, kita telah diajarkan melalui sejarah seorang insan dari awal penciptaan Adam dalam Al-Quran sehingga sejarah-sejarah para wali songo dan sebagainya. Di mana antara kaedah mereka mendekatkan diri adalah melalui zikrullah (mengingati Allah). Melalui cara ini, insyAllah darah kotor istana iblis dalam diri kitaa kan hilang dan hati kita akan menjadi bersih dan suci.

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Sesungguhnya Allah telah berfirman maksudnya, dimana kamu menghadap di situ wajahku berada. Bermaksud di sini Allah menyuruh kita melihat Alam ciptaannya. Sesungguhnya Allah itu ada di mana, mengetahui segala sesuatu sebelum dan selepas sesuatu. Fitrahnya manusia percaya kepada tuhan, dan Allah juga telah berfirman maksudnya berdolaha kamu nescaya akan aku kabulkan.

( korus )

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Manusia yang telah dekat dengan Allah sudah pasti sentiasa berada dalam jagaanNYA. Manusia yang telah mencapai tahap ainul yakin, atau haqqul yakin akan sentiasa berasa yakin pada diri apabila mereka sedar siapa diri mereka sebenarnya. Firman Allah, maksudnya barangsiapa yang mengenal diriKu maka dia kan mengenal dirinya, barang siapa yang mengenal dirinya nescaya dia akan mengenal siapa diriKU.

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Sesungguhnya Allah itu peng-awal kepada sesuatu dan peng-akhir kepada sesuatu namun Allah itu tiada akhirnya (binasa). Manusia yang berpegang pada Al-quran dan hadis nescaya sentiasa berada dalam keadaan yang terang ( kehidupan yang diberkati). Manusia yang meletakkan diri mereka pada urusan Allah sentiasa akan berada dalam keadaan pasrah, membawa kepada sabar, hati yang sabar kan menjadi ikhlas dan ikhlas itu yang akan membawa hati manusia kepada redha Allah…

:: PENGUMUMAN - SLOT BARU ::

Assalamualaikum …

Di sini merupakan satu pengumuman bahawa tidak lama lagi akan diterbitkan satu slot baru yang diberi judul sebagai ‘TERSIRAT DALAM LUNAK’. Sesuai dengan judulnya yang menekankan aspek-aspek tersirat di mana kita mencari ‘diri yang terperi’ dalam ‘diri yang terdiri’. Namun apa keistimewannya ‘TERSIRAT DALAM LUNAK’ ini...??



Di sini saya akan meletakkan segala macam unsur seni yang berfokuskan pada seni lirik lagu di mana ramai antara kita yang gagal untuk memahami apa yang tersirat di sebalik lirik lagu sebenarnya. Saya akan cuba membongkar seni lirik lagu yang dicipta oleh komposer-komposer terkenal yang meletakkan unsur siratan dalam lagu mereka.

Pembawaan buat masa ini adalah aspek ketuhanan, ini penting supaya dalam kita berhibur mendengar lagu-lagu yang didendangkan, pada masa yang sama kita boleh mengaplikasikan apa yang terkandung dalam lagu tersebut pada kehidupan seharian kita. Kebiasaannya manusia itu hanya mendengar lagu-lagu berunsur nasyid untuk membawa mereka ke arah ketuhanan. Namun tanpa mereka sedari lagu-lagu yang berunsurkan kontemporari lebih banyak meletakkan aspek ketuhanan berbanding nasyid, Cuma kita sebagai manusia gagal memahaminya.

Apa yang saya lakukan ini adalah ahsil dari pemikiran Akal Fikiran yang dikurniakan Allah, tidak melibatkan mana-mana pihak sama sekali. Ianya bertujuan peribadi agar saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri.

:: JANGAN CAMPURI URUSAN DUNIAKU ::

Dalam hidup kita, adakalanya kita perlu pandai meletakkan EGO diri kita pada tempatnya. Pada masa yang tertentu EGO kita perlu direndahkan dan begitulah sebaliknya. Namun sayang seribu kali sayang, manusia itu lebih suka untuk meletakkan diri mereka pada tahap EGO yang tinggi, sudahlah tidak bertempat, berani ‘menyinga’ pula di hadapan manusia lain yang juga bergelar khalifah di bumi Allah ini.



Adakah wujudnya taraf perbezaan antara manusia lain dengan diri mereka yang digelar ‘eksekutif’ itu, kan lebih elok sekiranya menggunakan pendekatan yang berhemah dan mengikut landasan syariat yang ditetapkan. Lebih-lebih lagi kebanyakannya berasal dari latar belakang pendidikan agama tahap tinggi. Mengapa perlu wujud diskriminasi, kan lebih baik wujudkan satu perbincangan dengan mengumpulkan keseluruhan yang terlibat agar tidak wujud (PHD) di kemudian hari.

Namun sekadar maaf yang diberikan, wah… mudahnya! Meskipun maaf telah diberikan malangnya tiada sebarang rombakan. Bukan niat wujudkan pertengkaran sekadar luahan perasaan. Nasihatku yang terdahulu tidak diendahkan, jangan libatkan aku sekiranya berlaku pertempuran. Paling mengejutkan rupa-rupanya semua yang bergelar ‘eksekutif’ itu merupakan suka suki suku sakat mereka. Ini pemerintahan masyarakat arab jahiliyyah namanya, dimana pengamalan semangat Assabiyyah.

Namun tidak mengapa, tidak secebis mudaratkanku, bukan untuk menentang sekadar satu peringatan pada yang menerang. Rupanya aku tidak sendirian apabila ramai yang menyuarakan pendapat yang sama kepadaku, ke – tidak - puas – hati - an manusia ada batasnya. Jangan cabar yang berwibawa, buruk padahnya.

Aku telah buat keputusan, dan pendirianku ini telah termeterai bersama janji-janjiku yang terdahulu. Aku tidak akan menyertai segala urusan ‘duniamu’ dan kau jangan sesekali mencampuri urusan ‘duniaku’. Sekiranya berlaku pertembungan dunia ini, nescaya tiada matahari buatmu esok hari sekiranya itu yang terlukis dalam LUH MAHFUZ.

15 May 2009

:: SIAPA PAK CIK TUA ITU::

Tepat jam 4.30 petang 15 MEI 2009 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Aku keluar bersama seeorang sahabat untuk menunaikan solat Asar, sibuk mencari papan tanda “surau” aku bergegas ke kaunter yang tersergam indah di kawasan tengah lobi.



Assalamualaikum.. abang surau kat mana?
Ada kat tingkat satu..
Adeq gi kat sana, naik lif pergi tingkat satu ye…
Terima kasih…

Aku pun berjalan menuju ke lif bersama sahabat ku itu, yang juga merupakan super seniorku.. sesampai di surau, aku juga terlihat seorang sahabat yang aku cukup kenal wajah dan perwatakannya… dia melemparkans enyuman padaku sambil member isyarat dah masuk waktu solat. Aku mengangguk tanda setuju dengan kata-katanya itu..

Azan Asar berkumandang…

Aku bersama dua orang temanku duduk bersandar di tepi dinding surau, kami solat dengan berpakaian serba batik.. tiba-tiba seorang tua menegur kami..

Dari mana ni dek..? sekolah ke ?

Tak, kami dari maktab perguruan..

Owh maktab mana??

Maktab besut… jawab kami ringkas..

Cehh.. maktab, kan da tukar institut kenapa sebut maktab lagi, saya adalah antara orang yang memperjuangkan nasib maktab bertukar kepada institut, kamu semua ni patut berterima kasih dengan saya. Ada sorang lagi orang kuat yang bersama-sama menentang dan memperjuangkan nasib korang ada kat luar tu…

Kami tersentap dan hanya mendiamkan diri..

Selesai azan… kami pon solat sehingga selesai..

Selesai solat asar terus kami keluar untuk mengenakan kasut masing-masing, lelaki tua tersebut sempat memakai kasut bersama-sama dengan kami seraya berkata..

Tandas mana ye?..

Sahabat menjawab..

Ada kat tepi tu.. hurm.. pak cik nama siapa ye..

Orang tua menjawab..

nama pak cik Abdul Manaf bin (da lpe lak) dari Yayasan Guru Malaysia. Saya wakil yang hadir untuk forum hari ini..

kami ke tandas bersama, selesai buang hajat… sahabat saya menghilangkan diri dahulu dari pandangan mata zahir.. alamak tinggal aku dua orang je….

Pak cik tua itu berkata ( dalam lif untuk turun semula ke dewan forum berlangsung)

Nanti da kuar jadik cikgu, jangan lupa daftar jadik ahli dalam persatuan dan yayasan guru, jangan fikir berapa banyak yang kena bayar tapi fikir pada sumbangan dan perjuangan kita sebagai guru…

Menjawab dalam nada yang confident.. ( insyAALAH pak cik..)

-tamat-

:: PITU PERIBOSO JOWO ::

1) PAKULINAN IKU KODRAT SING KAPINDHO

JIKA SESEORANG SUDAH TERBIASA MELAKUKAN SESUATU PERKARA, DIA TETAP AKAN MELAKUKAN SESUATU PERKARA ITU MESKIPUN IANYA PERKARA YANG BAIK ATAUPUN BURUK



2) AJINING DIRI SONGKO LATHI, AJINING ROGO SONGKO BUSONO

CARA BERBICARA DAN CARA BERPAKAIAN SELALUNYA DIJADIKAN ASAS PEMBERIAN PENGHORMATAN KEPADA SESEORANG

3) MANGAN ORA MANGAN NGUMPUL

SUSAH DAN SENANG DITANGGUNG BERSAMA-SAMA

4) SUGIH TANPA BANDHA, DIGDAYA TANPA AJI, NGULURUG TANPA BALA, MENANG TANPA NGASORAKE

BUDI PEKERTI YANG TINGGI ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA DAN KESAKTIAN APAPUN. ORANG YANG BERBUDI PEKERTI TINGGI AKAN MENANG TANPA MERENDAHKAN LAWAN, DAN BERANI MEMBELA KEBENARAN

5) NGONO YA NGONO NANGING AJA NGONO

(BEGITU YA BEGITU, TAPI JANGAN BEGITU) - KESEIMBANGAN MENGAWAL EMOSI DAN PERILAKU SECARA BAIK, HARMONIS DAN TIDAK MENIMBULKAN KEKACAUAN

6) TUNAK SATAK BATHI SATAK

LEBIH BAIK RUGI WANG DAN HARTA DARIPADA KEHILANGAN TEMAN

7) MIKUL DHUWUR, MENDEM JERO

(MENDUKUNG SETINGGI-TINGGI, MEBENAMKAN SEDALAM-DALAMNYA) - MENGHORMATI RAKAN, KAWAN, TEMAN DAN TAULAN, MENGENANG PERKARA-PERKARA YANG BAIK SAHAJA DARI MEREKA, LUPAKAN HAL-HAL YANG BURUK