17 May 2009

:: PENGUMUMAN - SLOT BARU ::

Assalamualaikum …

Di sini merupakan satu pengumuman bahawa tidak lama lagi akan diterbitkan satu slot baru yang diberi judul sebagai ‘TERSIRAT DALAM LUNAK’. Sesuai dengan judulnya yang menekankan aspek-aspek tersirat di mana kita mencari ‘diri yang terperi’ dalam ‘diri yang terdiri’. Namun apa keistimewannya ‘TERSIRAT DALAM LUNAK’ ini...??



Di sini saya akan meletakkan segala macam unsur seni yang berfokuskan pada seni lirik lagu di mana ramai antara kita yang gagal untuk memahami apa yang tersirat di sebalik lirik lagu sebenarnya. Saya akan cuba membongkar seni lirik lagu yang dicipta oleh komposer-komposer terkenal yang meletakkan unsur siratan dalam lagu mereka.

Pembawaan buat masa ini adalah aspek ketuhanan, ini penting supaya dalam kita berhibur mendengar lagu-lagu yang didendangkan, pada masa yang sama kita boleh mengaplikasikan apa yang terkandung dalam lagu tersebut pada kehidupan seharian kita. Kebiasaannya manusia itu hanya mendengar lagu-lagu berunsur nasyid untuk membawa mereka ke arah ketuhanan. Namun tanpa mereka sedari lagu-lagu yang berunsurkan kontemporari lebih banyak meletakkan aspek ketuhanan berbanding nasyid, Cuma kita sebagai manusia gagal memahaminya.

Apa yang saya lakukan ini adalah ahsil dari pemikiran Akal Fikiran yang dikurniakan Allah, tidak melibatkan mana-mana pihak sama sekali. Ianya bertujuan peribadi agar saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri.

No comments:

Post a Comment