17 May 2009

:: JANGAN CAMPURI URUSAN DUNIAKU ::

Dalam hidup kita, adakalanya kita perlu pandai meletakkan EGO diri kita pada tempatnya. Pada masa yang tertentu EGO kita perlu direndahkan dan begitulah sebaliknya. Namun sayang seribu kali sayang, manusia itu lebih suka untuk meletakkan diri mereka pada tahap EGO yang tinggi, sudahlah tidak bertempat, berani ‘menyinga’ pula di hadapan manusia lain yang juga bergelar khalifah di bumi Allah ini.



Adakah wujudnya taraf perbezaan antara manusia lain dengan diri mereka yang digelar ‘eksekutif’ itu, kan lebih elok sekiranya menggunakan pendekatan yang berhemah dan mengikut landasan syariat yang ditetapkan. Lebih-lebih lagi kebanyakannya berasal dari latar belakang pendidikan agama tahap tinggi. Mengapa perlu wujud diskriminasi, kan lebih baik wujudkan satu perbincangan dengan mengumpulkan keseluruhan yang terlibat agar tidak wujud (PHD) di kemudian hari.

Namun sekadar maaf yang diberikan, wah… mudahnya! Meskipun maaf telah diberikan malangnya tiada sebarang rombakan. Bukan niat wujudkan pertengkaran sekadar luahan perasaan. Nasihatku yang terdahulu tidak diendahkan, jangan libatkan aku sekiranya berlaku pertempuran. Paling mengejutkan rupa-rupanya semua yang bergelar ‘eksekutif’ itu merupakan suka suki suku sakat mereka. Ini pemerintahan masyarakat arab jahiliyyah namanya, dimana pengamalan semangat Assabiyyah.

Namun tidak mengapa, tidak secebis mudaratkanku, bukan untuk menentang sekadar satu peringatan pada yang menerang. Rupanya aku tidak sendirian apabila ramai yang menyuarakan pendapat yang sama kepadaku, ke – tidak - puas – hati - an manusia ada batasnya. Jangan cabar yang berwibawa, buruk padahnya.

Aku telah buat keputusan, dan pendirianku ini telah termeterai bersama janji-janjiku yang terdahulu. Aku tidak akan menyertai segala urusan ‘duniamu’ dan kau jangan sesekali mencampuri urusan ‘duniaku’. Sekiranya berlaku pertembungan dunia ini, nescaya tiada matahari buatmu esok hari sekiranya itu yang terlukis dalam LUH MAHFUZ.

No comments:

Post a Comment