17 May 2009

:: BILA DIRI DISAYANGI ::

Bila Diri Di Sayangi
by Ukays

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu



Sejak zaman berzaman, kita telah diajarkan melalui sejarah seorang insan dari awal penciptaan Adam dalam Al-Quran sehingga sejarah-sejarah para wali songo dan sebagainya. Di mana antara kaedah mereka mendekatkan diri adalah melalui zikrullah (mengingati Allah). Melalui cara ini, insyAllah darah kotor istana iblis dalam diri kitaa kan hilang dan hati kita akan menjadi bersih dan suci.

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Sesungguhnya Allah telah berfirman maksudnya, dimana kamu menghadap di situ wajahku berada. Bermaksud di sini Allah menyuruh kita melihat Alam ciptaannya. Sesungguhnya Allah itu ada di mana, mengetahui segala sesuatu sebelum dan selepas sesuatu. Fitrahnya manusia percaya kepada tuhan, dan Allah juga telah berfirman maksudnya berdolaha kamu nescaya akan aku kabulkan.

( korus )

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Manusia yang telah dekat dengan Allah sudah pasti sentiasa berada dalam jagaanNYA. Manusia yang telah mencapai tahap ainul yakin, atau haqqul yakin akan sentiasa berasa yakin pada diri apabila mereka sedar siapa diri mereka sebenarnya. Firman Allah, maksudnya barangsiapa yang mengenal diriKu maka dia kan mengenal dirinya, barang siapa yang mengenal dirinya nescaya dia akan mengenal siapa diriKU.

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Sesungguhnya Allah itu peng-awal kepada sesuatu dan peng-akhir kepada sesuatu namun Allah itu tiada akhirnya (binasa). Manusia yang berpegang pada Al-quran dan hadis nescaya sentiasa berada dalam keadaan yang terang ( kehidupan yang diberkati). Manusia yang meletakkan diri mereka pada urusan Allah sentiasa akan berada dalam keadaan pasrah, membawa kepada sabar, hati yang sabar kan menjadi ikhlas dan ikhlas itu yang akan membawa hati manusia kepada redha Allah…

:: PENGUMUMAN - SLOT BARU ::

Assalamualaikum …

Di sini merupakan satu pengumuman bahawa tidak lama lagi akan diterbitkan satu slot baru yang diberi judul sebagai ‘TERSIRAT DALAM LUNAK’. Sesuai dengan judulnya yang menekankan aspek-aspek tersirat di mana kita mencari ‘diri yang terperi’ dalam ‘diri yang terdiri’. Namun apa keistimewannya ‘TERSIRAT DALAM LUNAK’ ini...??



Di sini saya akan meletakkan segala macam unsur seni yang berfokuskan pada seni lirik lagu di mana ramai antara kita yang gagal untuk memahami apa yang tersirat di sebalik lirik lagu sebenarnya. Saya akan cuba membongkar seni lirik lagu yang dicipta oleh komposer-komposer terkenal yang meletakkan unsur siratan dalam lagu mereka.

Pembawaan buat masa ini adalah aspek ketuhanan, ini penting supaya dalam kita berhibur mendengar lagu-lagu yang didendangkan, pada masa yang sama kita boleh mengaplikasikan apa yang terkandung dalam lagu tersebut pada kehidupan seharian kita. Kebiasaannya manusia itu hanya mendengar lagu-lagu berunsur nasyid untuk membawa mereka ke arah ketuhanan. Namun tanpa mereka sedari lagu-lagu yang berunsurkan kontemporari lebih banyak meletakkan aspek ketuhanan berbanding nasyid, Cuma kita sebagai manusia gagal memahaminya.

Apa yang saya lakukan ini adalah ahsil dari pemikiran Akal Fikiran yang dikurniakan Allah, tidak melibatkan mana-mana pihak sama sekali. Ianya bertujuan peribadi agar saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri.

:: JANGAN CAMPURI URUSAN DUNIAKU ::

Dalam hidup kita, adakalanya kita perlu pandai meletakkan EGO diri kita pada tempatnya. Pada masa yang tertentu EGO kita perlu direndahkan dan begitulah sebaliknya. Namun sayang seribu kali sayang, manusia itu lebih suka untuk meletakkan diri mereka pada tahap EGO yang tinggi, sudahlah tidak bertempat, berani ‘menyinga’ pula di hadapan manusia lain yang juga bergelar khalifah di bumi Allah ini.



Adakah wujudnya taraf perbezaan antara manusia lain dengan diri mereka yang digelar ‘eksekutif’ itu, kan lebih elok sekiranya menggunakan pendekatan yang berhemah dan mengikut landasan syariat yang ditetapkan. Lebih-lebih lagi kebanyakannya berasal dari latar belakang pendidikan agama tahap tinggi. Mengapa perlu wujud diskriminasi, kan lebih baik wujudkan satu perbincangan dengan mengumpulkan keseluruhan yang terlibat agar tidak wujud (PHD) di kemudian hari.

Namun sekadar maaf yang diberikan, wah… mudahnya! Meskipun maaf telah diberikan malangnya tiada sebarang rombakan. Bukan niat wujudkan pertengkaran sekadar luahan perasaan. Nasihatku yang terdahulu tidak diendahkan, jangan libatkan aku sekiranya berlaku pertempuran. Paling mengejutkan rupa-rupanya semua yang bergelar ‘eksekutif’ itu merupakan suka suki suku sakat mereka. Ini pemerintahan masyarakat arab jahiliyyah namanya, dimana pengamalan semangat Assabiyyah.

Namun tidak mengapa, tidak secebis mudaratkanku, bukan untuk menentang sekadar satu peringatan pada yang menerang. Rupanya aku tidak sendirian apabila ramai yang menyuarakan pendapat yang sama kepadaku, ke – tidak - puas – hati - an manusia ada batasnya. Jangan cabar yang berwibawa, buruk padahnya.

Aku telah buat keputusan, dan pendirianku ini telah termeterai bersama janji-janjiku yang terdahulu. Aku tidak akan menyertai segala urusan ‘duniamu’ dan kau jangan sesekali mencampuri urusan ‘duniaku’. Sekiranya berlaku pertembungan dunia ini, nescaya tiada matahari buatmu esok hari sekiranya itu yang terlukis dalam LUH MAHFUZ.

15 May 2009

:: SIAPA PAK CIK TUA ITU::

Tepat jam 4.30 petang 15 MEI 2009 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Aku keluar bersama seeorang sahabat untuk menunaikan solat Asar, sibuk mencari papan tanda “surau” aku bergegas ke kaunter yang tersergam indah di kawasan tengah lobi.



Assalamualaikum.. abang surau kat mana?
Ada kat tingkat satu..
Adeq gi kat sana, naik lif pergi tingkat satu ye…
Terima kasih…

Aku pun berjalan menuju ke lif bersama sahabat ku itu, yang juga merupakan super seniorku.. sesampai di surau, aku juga terlihat seorang sahabat yang aku cukup kenal wajah dan perwatakannya… dia melemparkans enyuman padaku sambil member isyarat dah masuk waktu solat. Aku mengangguk tanda setuju dengan kata-katanya itu..

Azan Asar berkumandang…

Aku bersama dua orang temanku duduk bersandar di tepi dinding surau, kami solat dengan berpakaian serba batik.. tiba-tiba seorang tua menegur kami..

Dari mana ni dek..? sekolah ke ?

Tak, kami dari maktab perguruan..

Owh maktab mana??

Maktab besut… jawab kami ringkas..

Cehh.. maktab, kan da tukar institut kenapa sebut maktab lagi, saya adalah antara orang yang memperjuangkan nasib maktab bertukar kepada institut, kamu semua ni patut berterima kasih dengan saya. Ada sorang lagi orang kuat yang bersama-sama menentang dan memperjuangkan nasib korang ada kat luar tu…

Kami tersentap dan hanya mendiamkan diri..

Selesai azan… kami pon solat sehingga selesai..

Selesai solat asar terus kami keluar untuk mengenakan kasut masing-masing, lelaki tua tersebut sempat memakai kasut bersama-sama dengan kami seraya berkata..

Tandas mana ye?..

Sahabat menjawab..

Ada kat tepi tu.. hurm.. pak cik nama siapa ye..

Orang tua menjawab..

nama pak cik Abdul Manaf bin (da lpe lak) dari Yayasan Guru Malaysia. Saya wakil yang hadir untuk forum hari ini..

kami ke tandas bersama, selesai buang hajat… sahabat saya menghilangkan diri dahulu dari pandangan mata zahir.. alamak tinggal aku dua orang je….

Pak cik tua itu berkata ( dalam lif untuk turun semula ke dewan forum berlangsung)

Nanti da kuar jadik cikgu, jangan lupa daftar jadik ahli dalam persatuan dan yayasan guru, jangan fikir berapa banyak yang kena bayar tapi fikir pada sumbangan dan perjuangan kita sebagai guru…

Menjawab dalam nada yang confident.. ( insyAALAH pak cik..)

-tamat-

:: PITU PERIBOSO JOWO ::

1) PAKULINAN IKU KODRAT SING KAPINDHO

JIKA SESEORANG SUDAH TERBIASA MELAKUKAN SESUATU PERKARA, DIA TETAP AKAN MELAKUKAN SESUATU PERKARA ITU MESKIPUN IANYA PERKARA YANG BAIK ATAUPUN BURUK



2) AJINING DIRI SONGKO LATHI, AJINING ROGO SONGKO BUSONO

CARA BERBICARA DAN CARA BERPAKAIAN SELALUNYA DIJADIKAN ASAS PEMBERIAN PENGHORMATAN KEPADA SESEORANG

3) MANGAN ORA MANGAN NGUMPUL

SUSAH DAN SENANG DITANGGUNG BERSAMA-SAMA

4) SUGIH TANPA BANDHA, DIGDAYA TANPA AJI, NGULURUG TANPA BALA, MENANG TANPA NGASORAKE

BUDI PEKERTI YANG TINGGI ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA DAN KESAKTIAN APAPUN. ORANG YANG BERBUDI PEKERTI TINGGI AKAN MENANG TANPA MERENDAHKAN LAWAN, DAN BERANI MEMBELA KEBENARAN

5) NGONO YA NGONO NANGING AJA NGONO

(BEGITU YA BEGITU, TAPI JANGAN BEGITU) - KESEIMBANGAN MENGAWAL EMOSI DAN PERILAKU SECARA BAIK, HARMONIS DAN TIDAK MENIMBULKAN KEKACAUAN

6) TUNAK SATAK BATHI SATAK

LEBIH BAIK RUGI WANG DAN HARTA DARIPADA KEHILANGAN TEMAN

7) MIKUL DHUWUR, MENDEM JERO

(MENDUKUNG SETINGGI-TINGGI, MEBENAMKAN SEDALAM-DALAMNYA) - MENGHORMATI RAKAN, KAWAN, TEMAN DAN TAULAN, MENGENANG PERKARA-PERKARA YANG BAIK SAHAJA DARI MEREKA, LUPAKAN HAL-HAL YANG BURUK


:: CETUSAN PEMIKIRAN DUNIA SEBERANG ::

ELENG-ELENG SIRO MONUSO
OJO SIRO SUKO-SUKO
KITO MOKMIN ENENG DUNIO
IKU LADI DEN KUNCORO

INGAT - INGAT SEMUA MANUSIA
JANGAN ASYIK SUKA-SUKA
KITA MUKMIN ADA DUNIA
IKUT PERINTAH TINGGAL LARANGANNYA



OJO SIRO ORANG BRONTO
NYUSUL MARING IBU BOPO
BOPO ADAM IBU OWO
BO DO BALING MALING SUARGO

JANGAN IKUT ORANG YANG ALPA
IKUT BERSAMA IBU DAN BAPA
BAPA ADAM IBU HAWA
KAN LEBIH BAIK KEMBALI KE SYURGA

:: SEKALI DIUJI TAK BERMAKNA KU BERHENTI ::

Tanggal 12 MEI 2009, sekali lagi aku diuji dengan segala yang aku pelajari. Masuk hari ini, dah 4 kali aku melakukan perkara yang aku sendiri tidak mahu terlibat. Namun apakan daya, melihat orang sedang dalam kesusahan di depan mata, kita bantu seadanya.



Dengan berbekalkan secebis ilmu di dada,
Ku Hamparkan seluruh kudrat yang ada,
Walaupun ku tahu akan mudarat di jiwa,
Atas dasar persahabatan ku teruskan jua,

Singkap ungkap dua dunia,
Melawan tanpa rasa rela,
Seluruh tenaga dikerah sepenuhnya,
Melawan anasir durjana,

Dengan bantuan ayahanda,
Doa dikirim rakan sekerja,
Persetankan segala-gala,
Ku cantas segala di depan mata,

Ku fikir berhenti di situ,
Salah dugaanku,
Tidur malamku diburu,
Menentang di alam yang satu,

Sekali lagi aku diuji,
Ku kerahkan tenaga sambil berdoa kepada ilahi,
Kurniakan daku kuasa hakiki,
Pelebur nyawa duniawi dan ukhrawi.

Alhamdulillah daku berjaya,
Menentang segala yang datang,
Berkat doa pengajar yang berwibawa,
Menumpaskan segala dalang yang tidak diundang.

Bukan ini yang kucari,
Namun ku dilahirkan dalam keluarga yang serba serbi,
Menolak yang batil mencari yang hakiki
Sehingga capai ke Marifatuullahi…

:: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ::

Pada hari yang sama iaitu 15 MEI 2009 telah diadakan Forum Pendidikan sempena perayaan “HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2009” dengan tajuk forumnya “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.



Antara ahli panel yang dijemput adalah seperti

1)YBhg Tan Sri Datuk Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
2)YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dt. Khoo Kay Kim
3)YBhg Dato’ Hajah Noor Rezan Bapoo Hashim

Pengerusi : YBhg Dato’ Haji A. Aziz Deraman

Sepanjang sesi forum tersebut, saya paling tertarik dengan ucapan dari YBhg Dato’ Hajah Noor Rezan Bapoo Hashim, ini kerana nampak terlalu ketara atau berbeza ucapan beliau dengan dua ahli panel lain, beliau begitu semangat dan menggunakan bahsa laras rendah yang boleh difahami oleh sekalian manusia.

Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa “sehelai bulu anak yang gugur akibat disentuh guru, ibu bapanya kan saman guru tersebut” – adaptasi dari kisah sebenar. Apabila mendengar ayat tersebut, saya tersentap, sampai begitu rendah sekalai martabat guru sehingga membandingkan tugas guru untuk megajar dan memanusiakan manusia dengan sehelai bulu.

Astaghafirullah al adzim…

Beliau juga ada menyebut tentang mengapa guru-guru ada yang disukai dan ada yang dibenci, terus terang beliau mengatakan bahawa meliau menyukai guru Geografinya dan guru Sejarahnya tetapi membenci guru Matematiknya… namun itu bukan persolannya, kerana lumrah guru, ada yang disukai dan ada yang dibenci. Namun, saya sangat sedih apabila beliau menyebut nama guru Geografinya – Miss Jeremiah, guru Sejarahnya – Miss Kook.

Mengapa semua itu guru berbangsa lain ( sekarang sudah diterapkan ‘ONE MALAYSIA’ ), apakah guru Melayu yang lain merupakan guru yang dibenci sehingga tidak setaraf guru berbagsa lain. Bukan hendak melakukan pendiskriminasian kaum, tapi sekadar renungan bersama. Moga kita semua yang mempunyai akal fikiran ini dapat berfikir sewarasnya..

Rumusan kepada forum tersebut dapat saya simpulkan begini…

Tema tahun ini berbunyi “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” maknanya guru diberikan satu amanah, tanggungjawab yang begitu besar sekali diletakkan di atas bahu mereka, mana taknya, guru sebagai Pembina kepada Negara dan bangsa, jatuh bangun Negara terletak di tangan guru.

Namun di sepanjang penghujahan ketiga-tiga ahli panel tersebut, isinya begini…

1) Tanggungjawab guru semakin besar hanya pada tajuk, tapi pihak kemeterian akan berusaha meringankan beban tugas guru dengan mengurangkan masa mengajar, kerja dan sebagainya.
2) Guru-guru akan diberikan insentif yang lebih untuk menagjar ( walaupun bebannya sudah dikurangkan)

Inilah kesimpulan yang SAYA dapat …
Kita tunggu dan lihat…
Apa kementerian nak buat….

:: SELAMAT HARI GURU - 16 MEI ::

Seperti biasa tanggal 16 MEI setiap tahun merupakan sambutan Hari Guru Malaysia. Hari ini genaplah hari guru yang ke-38 dengan bertemakan “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”. Semalam, 15 MEI 2009, telah diadakan Perbahasan Guru sempena Hari Guru dengan tajuk perdebatan Guru Pemupuk Utama Nilai Kesantunan Budi Generasi Kini. Suatu tajuk perdebatan yang mengarut bagi pandangan seorang ‘bekas’ pendebat. Debat tersebut merangkumi debat Bahasa Melayu dan English Debate.



Saya ingin lebih memfokuskan pada Debat Bahasa Melayu yang diwakili oleh negeri Perlis bagi pihak kerajaan dan negeri Selangor bagi pihak pembangkang, sepanjang perdebatan berlangsung, saya merasakan ianya merupakan satu perdebatan yang agak hambar, ini kerana pihak kerajaan mempunyai konsep yang sangat lemah. Malang juga bagi pihak pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai begitu banyak ‘point’ untuk membidas, tapi sayang seribu kali sayang. Mereka semua hanya bermain retorik bahasa semata-mata.

Satu lagi kelebihan pembangkang adalah, dua orang pendebatnya iaitu pendebat pertama dan ketiga merupakan bekas pelajar universiti yang mengambil kursus pendidikan dan baru sahaja dilantik menjadi guru di sekolah kawasan Selangor. Melihat cara mereka berdua berdebat, sahlah mereka itu sebenarnya adalah pendebat intervarsiti. Hasilnya, ketua pembangkang (pendebat pertama pembangkang) mendapat ‘best speaker’ dan mereka merangkul tempat johan bagi pertandingan tersebut.

14 May 2009

:: KHASIAT BATU PERMATA ( SIRI AKHIR ) ::

PERMATA PEREDAM PENYAKIT LAHIRIAH

MIRAH / RUBY
Anti racun dan impoten.

SAFIR
Anti racun, cacar, demam panas dan lamur mata.

MUTIARA
Anti gangguan haid dan gangguan kewanitaan.



JASPER
Anti gangguan perut, limpa, empedu dan ginjal.

AMBAR
Anti hepatitis, pekak dan sakit gigi.

TOPAS
Anti gangguan dada, kulit terbakar dan ambeien.

AKIK DARAH
Anti penyakit paru-paru, sesak dan demam merah.

MATA KUCING
Anti gangguan nafas dan dan bengek.

BATU DARAH
Anti batuk darah, sariawan dan infeksi.

YAKUT
Anti syaraf, maag dan gangguan otak.

AKIK BAWANG
Anti anemia dan gangguan hati.

CORAL
Anti botak dan, batuk, flu, dan demam panas.

KALIMAYA
Anti impoten dan dan gangguan mata.

GIOK
Anti ginjal dan rematik.

BIDURI HIJAU
Anti sariawan dan usus, TCD dan wabah penyakit.

KECUBUNG
Anti racun dan gangguan jantung.

BATU BIRU
Anti lever dan wabah penyakit.

SULAIMAN SUSU
Anti rewel, anak terkejutan dan sakit anak-anak.

AKIK LAPIS
Menguatkan kerja jantung.