15 May 2009

:: SELAMAT HARI GURU - 16 MEI ::

Seperti biasa tanggal 16 MEI setiap tahun merupakan sambutan Hari Guru Malaysia. Hari ini genaplah hari guru yang ke-38 dengan bertemakan “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”. Semalam, 15 MEI 2009, telah diadakan Perbahasan Guru sempena Hari Guru dengan tajuk perdebatan Guru Pemupuk Utama Nilai Kesantunan Budi Generasi Kini. Suatu tajuk perdebatan yang mengarut bagi pandangan seorang ‘bekas’ pendebat. Debat tersebut merangkumi debat Bahasa Melayu dan English Debate.



Saya ingin lebih memfokuskan pada Debat Bahasa Melayu yang diwakili oleh negeri Perlis bagi pihak kerajaan dan negeri Selangor bagi pihak pembangkang, sepanjang perdebatan berlangsung, saya merasakan ianya merupakan satu perdebatan yang agak hambar, ini kerana pihak kerajaan mempunyai konsep yang sangat lemah. Malang juga bagi pihak pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai begitu banyak ‘point’ untuk membidas, tapi sayang seribu kali sayang. Mereka semua hanya bermain retorik bahasa semata-mata.

Satu lagi kelebihan pembangkang adalah, dua orang pendebatnya iaitu pendebat pertama dan ketiga merupakan bekas pelajar universiti yang mengambil kursus pendidikan dan baru sahaja dilantik menjadi guru di sekolah kawasan Selangor. Melihat cara mereka berdua berdebat, sahlah mereka itu sebenarnya adalah pendebat intervarsiti. Hasilnya, ketua pembangkang (pendebat pertama pembangkang) mendapat ‘best speaker’ dan mereka merangkul tempat johan bagi pertandingan tersebut.

No comments:

Post a Comment