14 May 2009

:: RAHSIA SANG 7 ( SIRI 4 ) ::

7 Lapisan Aura

Aura merupakan lapisan gelombang elektromagnet yang berada di sekitar tubuh fizik yang mengalirkan tenaga. Aura bertindak sebagai biasan pada gelombang yang mengalir pada tubuh fizik juga bertindak sebagai perisai halus yang melindung tubuh fizik tersebut dari gelombang atau sinaran yang merbahaya. Ilmu mengenai aura telah bermula beribu tahun yang lalu, hanya dewasa ini, bukti saintifik berjaya mengesahkannya. Dikatakan aura mempunyai 7 lapisan halus seperti berikut:




• Lapisan Tubuh Eterik
• Lapisan Tubuh Emosi
• Lapisan Tubuh Mental
• Lapisan Tubuh Astral
• Lapisan Tubuh Eterik Tinggi
• Lapisan Tubuh Mental Tinggi
• Lapisan Tubuh Rohaniah

7 Pusat Tenaga – Chakra

Chakra merupakan organ metafizik (ghaib) yang wujud dalam sistem bio-energi manusia. Perkataan ‘Chakra’ berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud roda yang berputar. Ia juga dikenali sebagai pintu gerbang atau ‘portal’ yang berfungsi sebagai pusat penerima, penyimpan dan pengalir tenaga ke seluruh sistem tubuh mengikut tahap dan kegunaannya. Ia juga boleh dikaitkan sebagai bateri hayat bagi kegunaan minda, emosi dan fizikal. Sistem chakra berkait rapat dengan sistem endokrin yang mengawal sistem kelenjar-kelenjar tubuh seperti kelenjar pineal, kelenjar thymus, kelenjar pankreas, kelenjar adrenal dan lain-lain. Dikatakan terdapat kira-kira 365 chakra dalam sistem tubuh, 40 darinya adalah chakra minor dan 7 darinya adalah chakra utama.

• 1. CHAKRA DASAR
• 2. CHAKRA EMOSI
• 3. CHAKRA PUSAT
• 4. CHAKRA JANTUNG
• 5. CHAKRA KOMUNIKASI
• 6. CHAKRA AJNA
• 7. CHAKRA MAHKOTA

7 Note Muzik ciptaan Manusia:
• B – Ti
• A – La
• G – Sol
• F – Fa
• E – Mi
• D – Re
• C – Do

7 Keajaiban Dunia (7 Wonders of the World):

• Piramid – Egypt
• Hanging Gardens – Babylon
• Statue of Zeus – Olympia
• Temple of Artemis – Ephesus
• Mausoleum – Halicarnassus
• Colossus – Rhodes
• Pharos lighthouse – Alexandria

Mitos dalam masyarakat (Melayu)

Dalam masyarakat kita, 7 sering disebut dalam pelbagai mitos dan kefahaman budaya terutamanya dalam adat, amalan, perubatan, kepercayaan dan lain-lain, antaranya adalah:

• 7 hari 7 malam
• beras 7 warna
• air 7 telaga
• mandi 7 bunga
• sirih 7 helai
• rokok daun 7 batang
• benang/kain 7 warna
• 7 keturunan
• 7 petala langit
• 7 petala bumi
• 7 X Yasin/Fatihah
• 313 (3+1+3=7) X Ayat Kursi
• Dll

Pentas ini semakin kecil buat saya, setakat inilah sahaja yang saya mampu persembahkan buat tatapan semua. Mudah-mudahan ia menjadi ‘sesuatu’ untuk direnungkan bersama. Renung-renungkan….“Apa yang anda lihat, dengar atau ketahui, belumpun permulaan pada segala yang anda patut tahu”.

Pujangga Sufi –Ikhlas(Nota kaki: 3 siri artikel ini mempunyai 88 kali angka tujuh.)

No comments:

Post a Comment