14 May 2009

:: RAHSIA SANG 7 ( SIRI AKHIR ) ::

Menariknya, menurut fakta sainstifik yang ditemui pada abad yang ke 20; terdapat 7 lapisan langit yang meliputi bumi, dari lapisan yang terawal sejauh 7 batu hinggalah lapisan yang teratas/tinggi sejauh 700 batu. Lapisan-lapisan tersebut adalah:




• 1.Exosfera – 7 batu dari bumi
• 2. Ionosfera
• 3. Termosfera
• 4. Mesosfera
• 5. Ozonosfera (lapisan ozon)
• 6. Stratosfera
• 7. Troposfera – 700 batu dari bumi

LANGIT YANG KEMBALI (KITAR)

Antara tugasan langit yang lain unik adalah sebagai lapisan yang memantulkan semula, iaitu:

A. Troposfera – wap air naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.

B. Ozonosfera – cahaya ultra ungu naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.

C. Ionosfera – gelombang radio naik dan dipantul turun semula ke bumi, membolehkan frekuensi radio berfungsi.

Anggaran saintis mendapati 16,000,000 ton/sesaat (1+6 = 7) air menyejat dari permukaan bumi dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah 513 trillion ton hujan yang turun semula selama setahun.

BUMI

Jika dihitung dari planet pluto (yang paling jauh dari sistem solar matahari), bumi merupakan planet ke 7 yang hampir pada matahari. Ia merupakan satu-satunya planet yang unik yang memiliki keajaiban tersendiri dan merupakan satu-satunya planet yang mempunyai dan sesuai untuk kehidupan.

Benua (daratan)

Secara umum, terdapat 7 benua pada bumi iaitu:

• 1. Afrika
• 2. Amerika Selatan
• 3. Amerika Utara
• 4. Antartika
• 5. Asia
• 6. Eropah
• 7. Ocenia

Fakta sains mendapati jumlah (keluasan benua-benua) ini merupakan daratan yang berjumlah 30% dan ia dipisah oleh lautan-lautan yang secara puratanya adalah 70% dari keseluruhan keluasan bumi. Menariknya, perkataan ‘Lautan dan Daratan’ telah disebut di dalam Al-Quran berulang-ulang kali pada jumlah 32:13. Jika dijumlahkan 32+13=45, maka peratusan laut adalah 32/45 X 100 = 71.11111111 atau 70 peratus manakala peratusan daratan adalah 13/45 X 100 = 28.88888889 atau 30 peratus. Lautan
Secara umum terdapat 7 lautan utama pada bumi:

• 1. Lautan Artik
• 2. Lautan Antartik
• 3. Lautan Pasifik – Utara
• 4. Lautan Pasifik – Selatan
• 5. Lautan Atlantik – Utara
• 6.Lautan Atlantik – Selatan
• 7. Lautan Hindi

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan fakta ini benar, begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.

Elemen Alam

Manakala elemen-elemen yang kita sedia maklum yang dimiliki oleh bumi adalah dari 7 unsur yang berbeza-beza iaitu:

• 1. Tanah
• 2. Angin (gas)
• 3. Api
• 4. Air
• 5. Kayu
• 6. Batu (gem)
• 7. Logam

Logam (besi)

Menariknya tatkala manusia mengkaji ciri-ciri kejadian elemen logam, adalah didapati bahawa sumber pembentukkan logam tidak terhasil oleh apa yang ada pada planet bumi, ia adalah batu meteor di angkasa lepas yang jatuh ke bumi. Umpama untuk melengkapkan Rahsia 7, elemen ini diturunkan dari langit untuk manfaat manusia. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran pada Surah Al-Hadiid ayat 25 yang bermaksud:

‘Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan). Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan belbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa’.

Surah ini dinamakan Al-Hadiid (besi), diambil dari perkataan ‘Al-Hadiid’ yang disebut dalam ayat ke 25 pada surah ini. Sekali lagi, menurut teori metamatik/numerology : 2+5 = 7.

Secara umum, didapati ada 7 jenis logam yang utama iaitu:

• Plumbum
• Timah
• Besi
• Tembaga
• Merkuri (raksa)
• Perak
• Emas

Kerak Bumi

Suatu lagi sistem yang hebat pada bumi adalah lapisan dalam bumi yang dikenali sebagai ‘kerak’ bumi. Fakta sains telah mendapati bahawa ia mempunyai 7 lapisan iaitu:

• Lithosfera
• Crust
• Upper mantle
• Mantle
• Asthesosfera
• Outer Core
• Inner Core

Manakala kedalaman kerak bumi adalah 6,370km. Sekali lagi, menurut teori metamatik /numerology : 6+3+7+0 = 16, 1+6 = 7.

Bumi & Alam

Suatu keajaiban apabila meneliti kejadian alam yang dilengkapi dengan 7 urutan sistem yang membenarkan kehidupan manusia, iaitu:

• 1. Matahari,
• 2. Bulan,
• 3. Bintang,
• 4. Langit (yang mempunyai 7 lapisan),
• 5. Bumi (planet yang ke 7 hampir ke matahari),
• 6. Lautan (7 lautan utama)
• 7. Daratan (yang merangkumi 7 benua).

KEAJAIBAN BERMULA

Surah Al-Fatihah membawa erti ‘PEMBUKAAN’; dengan surah inilah dibukakan dan dimulai AL-QURAN. Mengandungi 7 ayat dan merupakan surah yang pertama turun dengan lengkap. Dinamakan ‘UMMUL QURAN’ (induk Al-Quran) atau ‘UMMUL KITAB’ (induk Al Kitab) kerana ia adalah induk semua isi Al-Quran serta menjadi inti sari kandungan Al-Quran. Dinamakan pula ‘AS SAB’UL MATSAANY’ (7 yang berulang-ulang) kerana ayatnya 7 dan dibaca berulang-ulang dalam rakaat-rakaat di dalam solat.

Umpama ada keajaiban (magis), nombor 7 mengatasi signafikan nombor-nombor yang lain dalam pelbagai aspek kehidupan, mitos, fakta, kepercayaan, agama, sistem bio-energi, alam dan lain-lain. Ada RAHSIA yang tersembunyi, ada kaitan yang belum habis diterokai untuk diulaskan segala perihalnya. Mustahil buat saya menyenaraikan segala RAHSIA tersebut namun berikut adalah sekadar renungan dan pemerhatian kita semua tentang RAHSIA 7.

PENCIPTAAN ALAM

Teori astro fizik menyatakan alam ini terbentuk dari satu letupan MAHA hebat yang membawa kekosongan kepada kewujudan ALAM. Ia dinamakan Teori ‘BIG BANG’. Menurut teori ini, ALAM terbentuk kira-kira 14 (iaitu 7X2) billion tahun yang lalu. Menariknya di sini, nama ‘big bang’ yang diilhamkan oleh Yang Maha Merancang kepada saintis yang menemui teori ini mempunyai 7 huruf (B.I.G.B.A.N.G).

PERKEMBANGAN ALAM

Menurut teori-teori yang hebat diperdebatkan pada sekitar tahun 70an ini, ALAM ini berkembang dari satu titik dalam pergerakkan yang sama dan begitu terancang, yang setiap satu cakerawalanya bergerak dalam laluan-laluan atau orbit yang tersendiri. Menariknya fakta ini telahpun diterangkan di dalam Al-Quran yang diturunkan pada abad yang ke 7, kira-kira 1400 (7X200) tahun yang lalu di dalam surah AD-DHARIYAT ayat 7 yang bermaksud:

“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya”.

RAHSIA ‘LANGIT’

Di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 32 yang bermaksud:
“Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (Kekuasaan Kami) yang ada padanya”.

Menariknya fakta ini, surah Al-Anbiya’ (nabi-nabi) adalah surah ke 21 yang mengandungi 112 ayat. Melalui teori kod metamatik/numerology, jika dijumlahkan nombor-nombor ini hasilnya adalah 7:

= surah 21 jumlah ayat 112
= 2+1+1+1+2 = 7

dan, antara kandungan surah ini adalah 16 (1+6 = 7) kisah dan kemukjizatan Nabi-nabi Allah, iaitu (mengikut urutan kisah/nama nabi yang di sebut dalam surah ini):

1. Nabi Allah Musa a.s (ayat ke 48)
2. Nabi Allah Harun a.s (ayat ke 48)
3. Nabi Allah Ibrahim a.s. (ayat ke 51)
4. Nabi Allah Luth a.s (ayat ke 71)
5. Nabi Allah Ishak a.s (ayat ke 72)
6. Nabi Allah Ya’qub a.s (ayat ke 72)
7. Nabi Allah Nuh a.s. (ayat ke 76)
8. Nabi Allah Daud a.s. (ayat ke 78)
9. Nabi Allah Sulaiman a.s. (ayat ke 78)
10. Nabi Allah Ayub a.s. (ayat ke 83)
11. Nabi Allah Ismail a.s. (ayat ke 85)
12. Nabi Allah Idris a.s. (ayat ke 85)
13. Nabi Allah Zulkifli a.s. (ayat ke 85)
14. Nabi Allah Yunus a.s. (ayat ke 87)
15. Nabi Allah Zakaria a.s. (ayat ke 89)
16. Maryam a.s. (ibu Nabi Allah Isa a.s.) – (ayat ke 91)

‘BUMBUNG YANG DILINDUNGI’

Menurut sains astronomi pula ‘langit sebagai bumbung’ dari surah di atas bolehlah dikaitkan sebagai ‘atmosfera’ yang bertindak sebagai perisai kepada bumi, antara fungsinya:

• Menapis objek-objek meteor dari jatuh ke bumi.

• Menapis pancaran-pancaran cahaya atau gelombang yang tidak sesuai dan merbahaya.

• Mengekalkan suhu bumi dan mengelakkan suhu angkasa yang terlalu sejuk.

• Hanya membenarkan pancaran gelombang yang berguna atau bermanfaat (yang secara kasar terdapat 7 jenis gelombang) iaitu:

1. Gelombang Sinar-X
2. Gelombang Ultra Ungu jarak dekat
3. Gelombang Ultra Ungu jarak jauh
4. Gelombang Infra Merah jarak jauh
5. Gelombang Infra Merah jarak dekat
6. Gelombang Radio

7. Gelombang spektrum cahaya 7 warna iaitu:

• Violet – 423nanometer
• Indigo – 450nanometer
• Biru – 470nanometer
• Hijau – 550nanometer
• Kuning – 570nanometer
• Jingga – 638nanometer
• Merah – 650nanometer

Langit sebagai bumbung dalam ayat ini diperjelaskan lagi sifatnya didalam surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud:

‘Dialah (ALLAH) yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya 7 langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu’.

Juga dalam surah Al-Fussilat ayat 12:

‘Maka Dia ,menjadikannya 7 langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’.

No comments:

Post a Comment